Artikel

9 Jenis Perniagaan Tanpa Modal yang Boleh Anda Ceburi

Umum
Pengurusan

30 Mar 2023 • Bacaan 3 minit

Anda mahu berniaga tetapi keadaan kewangan tidak mengizinkan? Ada banyak bidang perniagaan di luar sana yang tidak memerlukan sebarang modal. Gunakan kemahiran yang anda miliki untuk memulakan perniagaan dari rumah. Teruskan usaha bangunkan diri dan carilah pilihan yang sesuai untuk anda!

 

Ramai dalam kalangan kita yang terpaksa bekerja dari rumah ekoran COVID-19. Ada juga yang membuka perniagaan secara kecil-kecilan kerana kehilangan mata pencarian gara-gara diberhentikan kerja oleh majikan yang terkesan ataupun syarikat gulung tikar. Sehingga kini, masih ada individu yang menghadapi kesukaran untuk memulakan perniagaan sendiri kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi. 

 

Jangan putus asa. Kami senaraikan beberapa bidang perniagaan yang boleh anda ceburi tanpa sebarang modal. 

 

1. Pempengaruh media sosial (influencer) 

 

UBC_9 Jenis Perniagaan Tanpa Modal yang Boleh Anda Ceburi

 

Jika anda mempunyai ramai pengikut di media sosial, inilah peluang keemasan untuk anda menjana pendapatan. Anda boleh menawarkan perkhidmatan pemasaran digital kepada mana-mana perniagaan yang ingin mempromosikan jenama dan produk mereka dengan menggunakan influencer

 

Ramai pempengaruh menjadikan pekerjaan ini sebagai kerjaya sampingan. Ada juga yang menjadi pempengaruh sepenuh masa yang mampu memperoleh pendapatan lumayan dengan menawarkan perkhidmatan seperti membuat ulasan tentang produk serta mempromosikan jenama-jenama perniagaan menerusi video yang dimuat naik ke akaun media sosial. 

 

2. Penyedia perkhidmatan penterjemahan

 

UBC_9 Jenis Perniagaan Tanpa Modal yang Boleh Anda Ceburi

 

Buat anda yang menguasai pelbagai bahasa, khidmat terjemahan mempunyai permintaannya yang tersendiri. Anda boleh menawarkan perkhidmatan menterjemah teks, ucapan, transkrip atau apa sahaja jenis dokumen kepada mana-mana klien yang memerlukan. 

 

3. Khidmat tutor 

 

UBC_9 Jenis Perniagaan Tanpa Modal yang Boleh Anda Ceburi

 

Sekiranya anda mahir dalam mata pelajaran tertentu, khidmat tutor boleh dijadikan suatu perniagaan yang tetap dan stabil. Anda boleh mengadakan kelas atau program latihan di rumah atau secara dalam talian dengan mengenakan bayaran tertentu kepada mereka yang berminat. 

 

4. Ejen pemesan hantar (dropship)

 

 

Menjadi ejen dropship atau pemesan hantar untuk perniagaan sudah tidak asing lagi buat mereka yang ingin memulakan perniagaan tanpa modal. Banyak syarikat yang mencari ejen untuk membantu menjual produk mereka tanpa perlu mengeluarkan modal atau menyimpan stok. 

 

Tugas pemesan hantar hanyalah mempromosikan produk serta mencari pelanggan, mendapatkan tempahan dan menghantar barangan yang dijual. Dari situlah anda akan mendapat upah tertentu mengikut jenis produk. 

 

5. Program affiliate

 

UBC_9 Jenis Perniagaan Tanpa Modal yang Boleh Anda Ceburi

 

Program affiliate ialah satu teknik pemasaran yang hampir sama dengan dropship. Perbezaan affiliate dengan dropship ialah anda tidak perlu mengejar angka jualan atau pelanggan. 

 

Sebaliknya, apa yang perlu dilakukan hanyalah mempromosikan produk dari laman web dengan meletakkan pautan affiliate di akaun media sosial anda. Andainya ada pelanggan yang menekan pautan tersebut untuk membeli produk yang dipromosikan, anda akan menerima wang upah hasil daripada pembelian tersebut. 

 

6. Pengurus media sosial 

 

UBC_9 Jenis Perniagaan Tanpa Modal yang Boleh Anda Ceburi

 

Pengurus media sosial biasanya akan mengendalikan akaun media sosial milik sesebuah perniagaan. Kalau anda mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam menguruskan platform media sosial, perkhidmatan ini sudah tentu berupaya membantu anda menjana pendapatan yang lumayan. Anda hanya memerlukan telefon pintar, komputer riba, sambungan Internet dan kreativiti yang mantap. 

 

7. Perancang majlis (event planner) 

 

UBC_9 Jenis Perniagaan Tanpa Modal yang Boleh Anda Ceburi

 

Jika anda mempunyai minat dan bakat dalam menguruskan serta mengacarakan majlis, anda boleh mencari klien dengan menawarkan perkhidmatan ini. 

 

Ambil upah untuk merancang majlis kecil-kecilan mengikut cita rasa pelanggan seperti majlis sambutan hari jadi, majlis keraian untuk orang tersayang dan banyak lagi. 

 

8. Pembeli peribadi (personal shopper) 

 

UBC_9 Jenis Perniagaan Tanpa Modal yang Boleh Anda Ceburi

 

Kalau anda suka membeli-belah, kerjaya sebagai pembeli peribadi dapat menjanjikan sumber pendapatan sampingan yang tinggi. Anda boleh menjadi personal shopper atau PS kepada individu yang tidak mahu keluar rumah dengan mengambil upah tambahan bagi setiap pembelian barangan yang dikirim. 

 

Sekiranya anda tidak mempunyai modal, ambil bayaran terlebih dahulu sebelum membuat pembelian untuk pelanggan. 

 

9. Kelas senaman 

 

UBC_9 Jenis Perniagaan Tanpa Modal yang Boleh Anda Ceburi

 

Anda suka bersenam dan ingin mengajak lebih ramai orang untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat? Apa kata anda anjurkan kelas senaman yang boleh dilakukan secara dalam talian atau di taman rekreasi. Selain itu, anda juga boleh menjadi jurulatih peribadi buat mereka yang berminat mendapatkan bimbingan peribadi.

 

Nak mulakan perniagaan tapi tak tahu caranya? Nikmati pelbagai solusi digital daripada Unifi Business Club (UBC) serta ikuti tip dan panduan untuk menjadi usahawan berjaya. 

Solusi berkaitan

image

Temukan pembelajaran ‘on-demand’ dengan…

Solusi

0

AirAsia Academy

Pelaburan Bisnes Menerusi Pendidikan

  • Tingkat dan tambah kemahiran demi merebut peluang yang ada
  • Dapatkan kemahiran agar seiring dengan arus semasa​
  • Kandungan kursus pembelajaran yang relevan
  • Kursus berkualiti tinggi yang direka dan diiktiraf universiti serta pengajar berpengalaman​
image

Dapatkan pek kupon bernilai RM300…

Solusi

0

Lalamove

Penghantaran Barangan Bisnes 'On Demand…

  • Mengurangkan kos tetap
  • Bayar hanya apa yang anda perlukan
  • Pilihan pelbagai destinasi penghantaran
  • Penghantaran secara 'on-demand'
image

10,000 emel PERCUMA setiap bulan tanpa…

Solusi

0

Enginemailer

Nikmati Solusi Pemasaran Emel yang…

  • Saring dan bina lebih banyak hubungan
  • Rekaan yang melengkapi kempen
  • Hantaran emel yang tepat kepada pengguna yang disasarkan
  • Memantau dan mengoptimumkan kempen