Artikel

Awas! Lindungi Peranti Anda Apabila Berada di Tempat Awam dengan 5 Cara Ini

Tip & Panduan
Digitalisasi
Digitasi
Teknologi
Keselamatan Siber

18 Apr 2023 • Bacaan 2 minit

Mahu jalankan urus niaga di luar pejabat atau premis tanpa risaukan serangan siber? Ketahui bagaimana untuk kekal waspada walau di mana anda berada.

 

Dalam era teknologi digital yang berkembang pesat ini, wujud pelbagai peralatan canggih yang memudahkan urusan harian. Hanya di hujung jari, semua maklumat cepat diperolehi. 

 

Dunia tanpa sempadan menjadikan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi bergerak bebas tanpa sekatan. Namun, faktor keselamatan pula menjadi isu apabila setiap muat naik dan perkongsian data tidak lagi bersifat privasi. 

 

Akses Internet tanpa had membolehkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan semata-mata untuk keuntungan diri sendiri.  

 

Bagaimanakah cara untuk membendung masalah ini? 

 

 Awas! Lindungi Peranti Anda Apabila Berada di Tempat Awam dengan 5 Cara Ini

 

Gunakan pertahanan antivirus yang kuat 

 

Peranti elektronik yang tidak dilengkapi perlindungan antivirus akan terdedah kepada risiko dijangkiti perisian hasad (malware) yang membahayakan komputer atau telefon pintar anda. 

 

Penjenayah siber boleh menyerang dengan mudah dan menghentikan fungsi peranti serta segala aktiviti yang anda lakukan bagi mencuri maklumat peribadi daripada sistem operasi. 

 

Anda dinasihatkan supaya mendapatkan servis antivirus terbaik dan terkini serta menetapkan tembok api (firewall) yang berkesan bagi melindungi peranti mudah alih daripada serangan penceroboh. 

 

Tip penting untuk ahli Unifi Business Club (UBC): Kaspersky Small Office Security padat dengan ciri-ciri keselamatan siber bersepadu yang direka khusus untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Ketahui kelebihannya dalam artikel ini.

 

 Awas! Lindungi Peranti Anda Apabila Berada di Tempat Awam dengan 5 Cara Ini

 

Cipta kata laluan (password) yang teguh

 

Apabila maklumat dialihkan ke platform dalam talian, segala perincian tentang diri anda berada di alam maya. Butiran digital yang disimpan dalam akaun perbankan, e-mel dan media sosial berpotensi menjadi sasaran penjenayah siber. 

 

Kebiasaannya, seseorang individu akan mencipta nama pengguna (username) serta kata laluan akaun berdasarkan perkara yang mudah untuk diingati dan dihafal. Contohnya, tarikh lahir, umur dan nombor telefon.

 

Tidak hairanlah jika penggodam dapat meneka dengan mudah dan menembus masuk ke akaun anda! Bina kata laluan yang kuat dan berbeza bagi setiap akaun menggunakan gabungan nombor, simbol, huruf besar dan huruf kecil. Menurut Kaspersky Resource Center, bilangan aksara (character) yang diperlukan untuk mencipta kata laluan yang benar-benar kukuh adalah antara 10 hingga 12 aksara sekurang-kurangnya atau lebih. Contohnya, IwiCcR!7fOdIiNkE?6.

 

 Awas! Lindungi Peranti Anda Apabila Berada di Tempat Awam dengan 5 Cara Ini

 

Sentiasa kemas kini aplikasi 

 

Kebanyakan peniaga tidak peka dengan keperluan untuk mengemas kini (update) aplikasi dalam talian secara berkala. Mereka mengelak berbuat demikian kerana menganggap proses tersebut akan memakan saiz simpanan peranti disebabkan muat turun fail yang ‘berat’ dan besar. 

 

Apa jua kemas kini yang disarankan oleh pembangun aplikasi hendaklah dilakukan dengan kadar segera kerana penggodam boleh melancarkan serangan secara senyap tanpa anda sedari. 

 

Padamkan maklumat yang tidak lagi digunakan atau pindahkannya ke dalam pemacu jari (thumb drive) atau storan awan (cloud storage) bagi menyediakan ruang yang secukupnya pada peranti anda ketika menjalani proses kemas kini. 

 

 Awas! Lindungi Peranti Anda Apabila Berada di Tempat Awam dengan 5 Cara Ini

 

Suka kongsi kisah peribadi di media sosial? Fikir dulu sebelum terkena 

 

Ramai orang tidak sedar bahawa banyak perkara yang dipaparkan di media sosial boleh mengundang niat jahat daripada pihak tertentu. 

 

Facebook, Instagram dan TikTok merupakan platform yang sangat efektif untuk anda berhubung dengan pelanggan, keluarga dan rakan-rakan. Namun, ia juga boleh menjejaskan keselamatan data dan maklumat peribadi anda. 

 

Apa jua yang anda kongsikan dalam talian berisiko untuk dicuri oleh penggodam. Gambar, lokasi, masa dan paparan kehidupan harian mungkin dapat menarik perhatian penjenayah untuk mengintip anda. Hati-hati sebelum berkongsi!

 

 Awas! Lindungi Peranti Anda Apabila Berada di Tempat Awam dengan 5 Cara Ini

 

Guna sambungan data persendirian 

 

Rata-rata tempat awam seperti pusat membeli-belah, restoran dan kafe menyediakan akses Wi-Fi percuma. Kemudahan ini bertujuan untuk menarik ramai pengunjung untuk datang berbelanja serta meluangkan waktu yang lebih lama di kedai mereka. 

 

Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini semasa menjalankan aktiviti perniagaan di luar pejabat, anda disarankan untuk menggunakan sambungan data persendirian (hotspot) atau aktifkan rangkaian peribadi maya (VPN) pada peranti elektronik seperti komputer riba dan telefon pintar. Lakukan langkah ini setiap kali hendak menggunakan Internet. 

 

Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling sebelum menggunakan sambungan Internet awam. Amalkan langkah berjaga-jaga agar tidak mengundang masalah yang lebih besar pada masa akan datang.  

 

UBC menawarkan penyelesaian digital yang komprehensif untuk anda meningkatkan kualiti perniagaan dan meluaskan pasaran. Klik Solusi untuk info lanjut!  

Solusi berkaitan

image

Temukan pembelajaran ‘on-demand’ dengan…

Solusi

0

AirAsia Academy

Pelaburan Bisnes Menerusi Pendidikan

  • Tingkat dan tambah kemahiran demi merebut peluang yang ada
  • Dapatkan kemahiran agar seiring dengan arus semasa​
  • Kandungan kursus pembelajaran yang relevan
  • Kursus berkualiti tinggi yang direka dan diiktiraf universiti serta pengajar berpengalaman​
image

Setiap ahli uBC boleh menikmati DISKAUN…

Solusi

0

EasyStore

Urus E-dagang Pelbagai Saluran

  • Perniagaan dilakukan menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial, SEO, EDM dan banyak lagi
  • Urus semua operasi perniagaan dalam satu tempat
  • Jana jualan dengan bantuan alat yang meningkatkan produktiviti
  • Bisnes analitik yang melancarkan operasi
image

Urusan bisnes dalam genggaman!

Solusi

1

Bizapp

Mengoptimumkan Produktiviti Semasa…

  • Sistem aplikasi web berintegrasi yang tersedia dalam versi mudah alih dan komputer
  • Modul pemprosesan jualan komprehensif dengan sistem HQ-agen
  • ‘Woo-commerce’ dan ‘plug in’ yang responsif dan integratif untuk memudahkan perkhidmatan pelanggan hingga ke ibu pejabat
  • Solusi dan pengurusan logistik berintegrasi