Artikel

Pelajari Asas Memulakan Perniagaan Francais di Malaysia

Pemasaran & Penjenamaan
Pengurusan

24 Jul 2023 • Bacaan 3 minit

Banyak sektor dan kategori perniagaan yang anda boleh ceburi hari ini. Salah satu format perniagaan yang paling mudah diusahakan ialah francais. Ketahui cara terbaik untuk menjadi usahawan francais yang berjaya!

 

Francais ialah sebuah perusahaan yang melibatkan lesen perkongsian nama atau tanda dagangan yang diberikan oleh francaisor (syarikat induk atau pemilik jenama) kepada francaisi (pelabur). Perniagaan ini lebih mudah diceburi terutamanya bagi usahawan pemula kerana segala keperluan termasuk peralatan urus niaga dan sistem operasi telah disediakan oleh pihak francaisor. 

 

Setiap peraturan, terma dan garis panduan perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor hendaklah dipersetujui oleh francaisi secara menyeluruh, sama ada secara lisan mahupun bertulis. Ia termasuklah nama perniagaan, konsep perniagaan serta gaya pengurusan seperti yang telah termaktub di dalam kontrak perjanjian yang sah. 

 

Pemegang francais biasanya akan dikenakan yuran atau bayaran permulaan bagi mendapatkan hak penggunaan nama atau tanda dangangan daripada francaisor. Bagi agihan royalti (keuntungan perniagaan) pula, pembayaran tetap akan dibuat oleh pihak francaisi kepada francaisor berdasarkan peratusan jualan kasar yang diperolehi.

 

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulakan perniagaan francais 

 

 

1. Kaji sektor francais 

 

Buat kajian terlebih dahulu tentang jenis francais yang anda ingin diceburi. Perniagaan francais beroperasi sama seperti perniagaan biasa. Anda bukan sahaja perlu bersaing dengan pemilik perniagaan lain yang menjual produk atau menawarkan servis yang sama bahkan turut bersaing dengan francaisi lain yang mengendalikan perusahaan yang sama jenama. 

 

Lakukan kajian pemasaran untuk mengetahui sama ada perniagaan francais anda akan mendatangkan keuntungan berdasarkan permintaan pelanggan di kawasan tertentu. 

 

2. Ketahui semua aspek penting 

 

Setiap francaisor menawarkan faedah yang berlainan kepada francaisi. Lakukan kaji selidik menerusi carian dalam talian yang membolehkan anda menilai baik buruk sesebuah francaisor termasuklah maklumat berkenaan yuran permulaan, royalti, peratusan jualan yang akan dibayar kepada francaisi, data audit dan lain-lain. 

 

Jika syarikat francaisor berkenaan disenaraikan secara terbuka, lebih mudah untuk anda mengumpul dan melihat maklumat penting seperti laporan tahunan dan penyata kewangan syarikat berkenaan. Tumpukan pada angka pulangan yang bakal anda perolehi sebagai francaisi.

 

 

3. Lawatan ke syarikat francais 

 

Buat lawatan peribadi ke cawangan perniagaan milik francaisi lain. Dengan cara ini, anda boleh merasai sendiri pengalaman dalam mengendalikan perniagaan serta memahami selok-belok operasi perniagaan tersebut. 

 

Anda boleh berjumpa dengan pengurus cawangan francais berkenaan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kejayaan yang dicapai dan juga cabaran yang dihadapi sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai pengurus di situ. 

 

 

4. Ikuti bimbingan daripada Persatuan Francais Malaysia

 

Persatuan Francais Malaysia atau Malaysian Franchise Association (MFA) ialah sebuah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu mencipta persekitaran ekonomi yang mesra francais. 

 

Tanggungjawab MFA adalah menganjurkan acara-acara berkaitan serta memberi sokongan kepada para francaisi. Organisasi ini menawarkan bantuan seperti khidmat latihan dan kursus bagi menolong para peniaga francais untuk memajukan perniagaan mereka. 

 

Jika anda masih keliru dan mempunyai masalah untuk memulakan perniagaan francais, sila dapatkan bantuan daripada pihak yang pakar dalam industri francais seperti MFA. 

 

5. Dapatkan nasihat konsultan atau peguam 

 

Terdapat banyak perkara berkaitan undang-undang yang harus diteliti sebelum anda menjalankan sesebuah perniagaan. Bagi menjamin kelancaran perniagaan francais yang bakal anda miliki, dapatkan nasihat daripada peguam yang dilantik terlebih dahulu. 

 

Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan khidmat konsultan dalaman francaisor bagi mendapatkan bantuan serta memahami segala isi perundangan yang berkaitan dengan pemilikan francais. 

 

Inserting image... 

6. Hasilkan rancangan perniagaan 

 

Sebelum memfailkan perjanjian francais, anda harus mempunyai pelan atau rancangan perniagaan. Rancangan perniagaan ialah penerangan bertulis yang menjelaskan tentang matlamat serta masa depan perniagaan anda. 

 

Jika anda memerlukan bantuan kewangan atau pembiayaan daripada bank atau pelabur, anda perlu mempunyai rancangan perniagaan yang kukuh dan jelas bagi menarik perhatian institusi kewangan berkenaan untuk memberi pinjaman kepada anda sebagai modal untuk memulakan perniagaan. 

 

Antara perkara penting untuk disertakan dalam rancangan perniagaan ialah penerangan tentang latar belakang syarikat, struktur operasi yang merangkumi gambaran menyeluruh tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, strategi dan analisis pemasaran, undang-undang syarikat, anggaran pulangan, struktur insurans dan banyak lagi.

 

Berminat mulakan perniagaan tetapi kurang arif tentang ilmu keusahawanan? Sertai program percuma yang padat dengan pelbagai pengisian bagi merealisasikan impian anda! 

 

Rebut peluang jadi usahawan digital dengan solusi menyeluruh daripada Unifi Business, antaranya Digital Marketing Solution (pemasaran digital) dan Unifi Cloud Storage (storan awan).

Solusi berkaitan

image

Setiap ahli uBC boleh menikmati DISKAUN…

Solusi

0

EasyStore

Urus E-dagang Pelbagai Saluran

  • Perniagaan dilakukan menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial, SEO, EDM dan banyak lagi
  • Urus semua operasi perniagaan dalam satu tempat
  • Jana jualan dengan bantuan alat yang meningkatkan produktiviti
  • Bisnes analitik yang melancarkan operasi
image

Temukan pembelajaran ‘on-demand’ dengan…

Solusi

0

AirAsia Academy

Pelaburan Bisnes Menerusi Pendidikan

  • Tingkat dan tambah kemahiran demi merebut peluang yang ada
  • Dapatkan kemahiran agar seiring dengan arus semasa​
  • Kandungan kursus pembelajaran yang relevan
  • Kursus berkualiti tinggi yang direka dan diiktiraf universiti serta pengajar berpengalaman​
image

Iklankan SME Anda di Platform Percuma

Solusi

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi