Artikel

Kempen Bulan PMKS Unifi Business Kembali dengan Pelbagai Acara Menarik

Umum

11 Jul 2024 • Bacaan 5 minit

Sempena sambutan Hari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Sedunia yang disambut pada 27 Jun setiap tahun, Unifi Business dengan kerjasama Maybank Islamic telah mengadakan sesi bual bicara atau bersembang secara siaran langsung melalui TikTok.

Acara ini merupakan sebahagian daripada Kempen Bulan PKS yang dijalankan oleh Unifi Business bagi meraikan usahawan-usahawan PMKS dengan mengetengahkan produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Sesi bual bicara yang berlangsung selama empat jam tersebut dijalankan di sebuah restoran (Coffee Cartel) bertempat di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur. Ia turut melibatkan Ketua Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, dan beberapa usahawan PMKS berjaya termasuk Anne Idris (pengasas My Mom’s Bakery), Norfatihah Zolkopli (pengasas Rasa Kampung Gajah Sdn Bhd), Azroy Abdul Manaf (pengasas Temasek Agro) dan Farizal Mutaffa (pengasas CKH Inventive Sdn Bhd).

 

Ketua Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran bersama tetamu yang diundang

 

Acara tersebut bermula pada 5.00 petang dengan perkongsian daripada lima usahawan yang turut mendirikan reruai di ruang kaki lima restoran bagi mempromosikan produk mereka. Selain mengetengahkan produk usahawan PMKS, acara ini juga bertujuan untuk membincangkan program dan penyelesaian digital yang ditawarkan oleh Unifi Business dan Maybank Islamic bagi membantu usahawan PMKS beralih kepada pendigitalan dan seterusnya mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih cepat.

Netizen yang mengikuti sesi tersebut secara langsung diberi peluang untuk mengajukan pelbagai soalan di samping dapat memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai dengan hanya menjawab soalan berkaitan produk dan PMKS yang diketengahkan. Kesempatan ini turut diambil oleh Unifi Business untuk memperkenalkan lagu pendek atau jingle terbaru yang dinyanyikan bersama dengan kesemua usahawan yang terlibat.

Bagi membantu lebih ramai lagi usahawan PMKS, sesi temu bual ini turut diadakan setiap hari Khamis pada 9.00 malam sepanjang Kempen Bulan PKS yang dijalankan selama sebulan bermula 6 Jun. Usahawan yang berminat boleh mendaftar slot yang dikehendaki melalui pautan yang diberikan di akaun TikTok Unifi Business.

 

Antara reruai yang didirikan usahawan PMKS diruang kaki lima restoran

 

Unifi Business turut memberi sokongan dan menjalankan kerjasama dengan beberapa rakan perniagaan lain untuk menjayakan pelbagai acara dan program sepanjang sambutan Kempen Bulan SME dijalankan. Antaranya termasuk:

 

Gegar Convergence 2024

Acara Gegar Convergence dijalankan sepanjang Kempen Bulan PKS di pelbagai lokasi terpilih di seluruh negara bermula 6 Jun. Ia memberi peluang kepada usahawan PMKS untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan penyelesaian digital yang ditawarkan oleh Unifi Business yang dapat dimanfaatkan untuk pengurusan perniagaan yang lebih cekap dan berkesan.

 

OHSEM Marketing 360° – 6 Jun, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur

Acara OHSEM360 diperkenalkan sejak 2023 bagi memperkasakan PKS dengan teknologi dan solusi pemasaran terkini. Ia dijayakan dengan sokongan MDEC dan kerjasama daripada pelbagai syarikat termasuk Unifi Business, REV Media Group dan Media Prima Omnia Sdn Bhd. Ia menghimpunkan 40 pempamer dan lebih 20 pakar industri bagi mengetengahkan pelbagai topik mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan data dalam pemasaran dan pembiayaan.

 

CTOS SME Biz Day 2024 – 26 Jun, Nexus Bangsar South

Bertemakan ‘PKS Masa Hadapan: Berkembang, Bertransformasi, Berinovasi’, acara ini dianjurkan oleh CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) dengan kerjasama beberapa pemain teknologi utama untuk menyediakan PKS untuk masa depan melalui pendigitalan dan strategi berfikiran ke hadapan. Rakan kongsi eksklusif termasuk Unifi Business, Microsoft Corporation, Amazon Web Services, Inc., Cisco, Inc, LawBank Asia, dan SNS Network (M) Sdn Bhd.

Antara penceramah dan moderator yang diketengahkan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SME Corporation Malaysia, Rizal Nainy; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pengeksport) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Mansor Shah Wahid; Ketua Perniagaan Unifi, Mohamad Yusman Ammeran; dan Ketua Pegawai Operasi CTOS, Lee Shin Mei.

 

Dapatkan maklumat berkaitan program yang dijalankan oleh Unifi Business melalui halaman Acara portal UBC.

Program kerjasama antara Unifi Business dan Maybank Islamic Berhad

Unifi Business' TikTok Live: Sembang-sembang Bersama Yusman

Solusi berkaitan

image

Iklankan bisnes anda di platform percuma

Solusi

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi
image

Ahli UBC nikmati DISKAUN 50% atas semua…

Solusi

0

EasyStore

Urus E-dagang Pelbagai Saluran

  • Perniagaan dilakukan menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial, SEO, EDM dan banyak lagi
  • Urus semua operasi perniagaan dalam satu tempat
  • Jana jualan dengan bantuan alat yang meningkatkan produktiviti
  • Analitik bisnes yang melancarkan operasi
image

Urusan bisnes dalam genggaman!

Solusi

2

Bizapp

Mengoptimumkan Produktiviti Semasa…

  • Sistem aplikasi web berintegrasi yang tersedia dalam versi mudah alih dan komputer
  • Modul pemprosesan jualan komprehensif dengan sistem HQ-agen
  • ‘Woo-commerce’ dan ‘plug-in’ yang responsif dan integratif untuk memudahkan perkhidmatan pelanggan hingga ke ibu pejabat
  • Solusi dan pengurusan logistik berintegrasi