#Unibizity Podcast 5.0 Ep 5: 1 Gambar 1000 Emosi
24 Jan 2025 • Bacaan 1 minit
Tingkatkan bisnes anda dengan pengetahuan mengikut arus perdana.
24 Jan 2025 • Bacaan 1 minit
20 Jan 2025 • Bacaan 3 minit
08 Jan 2025 • Bacaan 1 minit
08 Jan 2025 • Bacaan 1 minit
Pamer 9 daripada 13 keputusan
[VIDEO] Look for the Right Qualities When Hiring Talent
Selecting new employees can be challenging and time-consuming. A good hiring decision can prevent the need of reinvesting in training for new hires.
24 Oct 2023 • Bacaan 2 minit
[VIDEO] 5 Panduan Melahirkan Pekerja Berkualiti
Majikan memainkan peranan penting dalam pembentukan modal insan yang bermutu.
13 Oct 2023 • Bacaan 2 minit
[VIDEO] Should You Hire Your Friends and Family?
Working with relatives or close friends seems like a great idea but it can also easily backfire. These pointers can help!
07 Oct 2023 • Bacaan 2 minit
Strategi Pengambilan Pekerja untuk Usahawan Baharu
Banyak perkara yang perlu diteliti dalam proses pengambilan kakitangan. Jangan silap pilih kerana calon yang salah akan mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada syarikat anda.
26 Jul 2023 • Bacaan 3 minit
[INFOGRAFIK] Syarikat Baru, Staf Baru! 6 Jawatan Penting yang Diperlukan dalam Organisasi Perniagaan
Pemilihan kakitangan yang tepat berupaya memastikan kelancaran operasi terutamanya bagi syarikat pemula niaga. Ada beberapa jawatan penting yang perlu diutamakan dalam proses pengambilan pekerja untuk perniagaan anda.
12 Jun 2023 • Bacaan 2 minit
[INFOGRAFIK] Tanggungjawab Majikan Daftarkan Pekerja dengan 3 Agensi Ini
Pastikan hak serta kepentingan tenaga kerja anda dijaga sebaiknya. Keingkaran membayar caruman pekerja akan menyebabkan pemilik perniagaan atau syarikat dikenakan denda dan berdepan tindakan undang-undang.
25 May 2023 • Bacaan 2 minit
[INFOGRAPHIC] Common HR Mistakes Made by MSMEs and How to Avoid Them
A business is only as good as the people behind it. Therefore, it’s important to be aware of potential mistakes when working with and managing your workforce so that you can elevate your business.
24 Feb 2023 • Bacaan 3 minit
Kepimpinan dalam Perniagaan: 5 Ciri Utama yang Anda Perlu Ada
Macam mana nak kukuhkan syarikat kalau tak boleh jadi ketua yang baik? Tanpa kepimpinan yang berkualiti, perniagaan anda tidak mungkin mampu pergi lebih jauh.
13 Feb 2023 • Bacaan 2 minit
Perbezaan Budaya Kerja Generasi Milenial dan Generasi Z
Golongan pekerja hari ini bukan sahaja bebas bertugas mengikut masa sendiri tetapi diberi peluang untuk memilih haluan karier mengikut minat dan kecenderungan diri. Bagaimanakah ciri-ciri kedua-dua generasi ini mempengaruhi pengambilan pekerja di syarikat anda?
25 Jan 2023 • Bacaan 3 minit
Pamer 1 daripada 1 keputusan
Artikel
25 Jan 2023 • Bacaan 3 minit
Golongan pekerja hari ini bukan sahaja bebas bertugas mengikut masa sendiri tetapi diberi peluang untuk memilih haluan karier mengikut minat dan kecenderungan diri. Bagaimanakah ciri-ciri kedua-dua generasi ini mempengaruhi pengambilan pekerja di syarikat anda?
Generasi milenial yang lahir pada dekad 80-an hingga pertengahan 90-an lazimnya mencari peluang pekerjaan dalam bidang yang sama seperti yang dipelajari di universiti. Namun, bagi golongan siswazah Generasi Z (Gen Z), mereka lebih cenderung untuk memilih karier yang sesuai dengan minat dan bakat yang dimiliki.
Apabila menyentuh soal budaya kerja antara generasi milenial dan Gen Z, ada banyak lagi perbezaan ketara yang dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antaranya termasuklah waktu kerja, cara pemakaian, faedah kakitangan dan banyak lagi.
Kami kongsikan empat perbezaan utama budaya kerja antara generasi milenial dan Gen Z. Info ini boleh dimanfaatkan oleh pengurus sumber manusia yang bertanggungjawab memilih tenaga kerja yang paling sesuai untuk berkhidmat di syarikat anda.
Kolaboratif vs berdikari
Generasi milenial lebih terbuka untuk bersosial dan bekerja secara berkumpulan. Demi mencapai matlamat utama, mereka meluangkan masa dan tenaga bersama ahli kumpulan untuk menyelesaikan sesebuah projek yang ditugaskan dalam jangka waktu tertentu, manakala Gen Z lebih selesa bekerja sendiri serta meletakkan fokus sepenuhnya kepada mencapai kejayaan diri sendiri.
Sifat-sifat ini memperlihatkan bahawa golongan Gen Z sebenarnya sangat berdikari dan lebih terbuka untuk menjadi diri sendiri agar mampu mencapai kejayaan seperti yang diinginkan. Bagi Gen Z, percanggahan idea mungkin akan menjejaskan prestasi kerja mereka. Oleh itu, bekerja sendiri dianggap lebih memudahkan kerana ia tidak melibatkan pihak lain yang mempunyai corak pemikiran yang berbeza.
Mendengar kata vs berani bersuara
Generasi milenial mungkin lebih bersedia menurut arahan kerana sudah terbiasa dengan budaya kerja konvensional yang memerlukan mereka mematuhi segala peraturan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat. Jika tidak, mereka bakal berdepan dengan amaran yang mungkin menggugat status pekerjaan mereka di syarikat berkenaan. Berbeza pula dengan Gen Z yang lebih berani menyuarakan pendapat dan hak mereka.
Keadilan dan kesamarataan amat diutamakan dalam budaya kerja hari ini tanpa mengenal agama, bangsa, pangkat mahupun jantina. Rata-rata syarikat masa kini sudah mengadaptasi budaya kerja yang moden bahkan menggalakkan kakitangan di semua peringkat umur untuk turut sama berkongsi idea dan pendapat. Pendekatan ini dianggap berkesan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan pekerja dan membawa syarikat ke tahap yang lebih berwawasan.
Waktu kerja tetap vs waktu kerja fleksibel
Para pekerja milenial biasanya dikehendaki mematuhi waktu kerja yang tetap bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Tamat sahaja waktu kerja, mereka tidak perlu lagi berdampingan dengan kertas kerja kerana tiada kemudahan seperti Internet mahupun telefon pintar sebagai alat komunikasi yang memudahkan proses kerja pada ketika itu.
Bagi Gen Z yang lahir pada tahun 2000 dan tahun-tahun seterusnya, mereka sudah terdedah dengan penggunaan peranti seperti telefon pintar dan kemudahan Wi-fi.
Sejak COVID-19 melanda negara, banyak syarikat mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan norma kerja baharu yang fleksibel. Syarikat memberi kebebasan kepada pekerja untuk bekerja dari rumah mengikut kesesuaian waktu individu asalkan tugasan yang dipertanggungjawabkan boleh diselesaikan dalam waktu yang ditetapkan.
Segala permasalahan berkaitan kerja boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat menerusi khidmat pesanan ringkas WhatsApp, e-mel atau panggilan video menggunakan aplikasi dalam talian seperti Zoom.
Perkembangan kerjaya vs gaji lumayan
Budaya kerja generasi milenial banyak tertumpu kepada peningkatan prestasi. Tanpa pencapaian yang baik, mereka beranggapan bahawa tidak akan mendapat ganjaran dan pengiktirafan daripada pihak pengurusan syarikat seperti kenaikan gaji atau kenaikan pangkat. Oleh sebab itu, ramai pekerja golongan milenial didapati berusaha keras dan sanggup bermula dari bawah demi membina karier yang dapat menjamin masa hadapan yang cerah.
Bagi Gen Z pula, mereka lebih ‘memilih’ kerana mengimpikan pekerjaan yang dibayar setimpal dengan tahap kelulusan. Mereka lebih tertarik dengan pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi. Faktor ini mungkin didorong oleh masalah kewangan yang dilihat membebani ibu bapa mereka. Mereka biasanya tidak membuat pilihan untuk bekerja dari bawah dan dibayar dengan gaji permulaan yang rendah.
Justeru, ramai anak muda Gen Z memilih untuk membangunkan karier sendiri seperti membuka perniagaan sendiri kerana ia dikatakan dapat menjamin pendapatan yang lebih lumayan berbanding bekerja dengan majikan.
Untuk pelbagai maklumat terkini tentang pengurusan modal insan, kunjungi laman Artikel kami.
Tawaran khas buat ahli Unifi Business Club (UBC): Tingkatkan produktiviti dan kemahiran kakitangan anda melalui AirAsia Academy.
Dialog Komuniti
Ingin menyertai perbualan?
Daftar sekarang dan suarakan pendapat anda!
Pamer 5 daripada 13 keputusan
[INFOGRAFIK] Syarikat Baru, Staf Baru! 6 Jawatan Penting yang Diperlukan dalam Organisasi Perniagaan
Pemilihan kakitangan yang tepat berupaya memastikan kelancaran operasi terutamanya bagi syarikat pemula niaga. Ada beberapa jawatan penting yang perlu diutamakan dalam proses pengambilan pekerja untuk perniagaan anda.
12 Jun 2023 • Bacaan 2 minit
Strategi Pengambilan Pekerja untuk Usahawan Baharu
Banyak perkara yang perlu diteliti dalam proses pengambilan kakitangan. Jangan silap pilih kerana calon yang salah akan mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada syarikat anda.
26 Jul 2023 • Bacaan 3 minit
[VIDEO] 5 Panduan Melahirkan Pekerja Berkualiti
Majikan memainkan peranan penting dalam pembentukan modal insan yang bermutu.
13 Oct 2023 • Bacaan 2 minit
[VIDEO] Look for the Right Qualities When Hiring Talent
Selecting new employees can be challenging and time-consuming. A good hiring decision can prevent the need of reinvesting in training for new hires.
24 Oct 2023 • Bacaan 2 minit
[VIDEO] Should You Hire Your Friends and Family?
Working with relatives or close friends seems like a great idea but it can also easily backfire. These pointers can help!
07 Oct 2023 • Bacaan 2 minit
Acara
Sertai acara kami untuk mendapatkan bimbingan secara peribadi dan nasihat daripada pakar.
Ketahui lebih lanjutKisah Pelanggan
Dengarkan apa yang dikatakan oleh perniagaan lain yang telah mencuba, menguji dan menyukai UBC.
Pergi ke sana
Interested in more helpful content?
Just sign up to access it all: a wealth of exclusive business insights, events you can attend and so much more!
Daftar sekarang