Article
[VIDEO] Bagaimana ELSA Dapat Menyokong Pertumbuhan PMKS
23 Sep 2024 • 2 min read
Selari dengan perkembangan teknologi masa kini, aplikasi yang dijana oleh sistem kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) ini berupaya membantu golongan usahawan untuk menilai prestasi perniagaan mereka dengan sistematik.
Pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu segera beralih ke platform dalam talian sebagai persediaan untuk mengharungi persaingan sengit di pasaran digital.
Bagi memastikan matlamat penting sesebuah perniagaan dapat dicapai, Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Usahawan (CEDAR) dan SME Bank tampil memperkenalkan alat penilaian berteknologi tinggi yang dipanggil Enterprise Lifecycle Scoring Assessment (ELSA).
Aplikasi ELSA mempunyai ciri-ciri khas untuk membantu para usahawan mengetahui keupayaan serta perkembangan semasa perniagaan mereka melalui sebuah penilaian berformat yang berpandukan analisis daripada sistem kecerdasan buatan atau AI.
Laporan skor daripada penilaian ELSA membolehkan golongan PMKS mengenal pasti kelemahan yang ada pada perniagaan mereka bagi tujuan menambah baik kualiti operasi dan perkhidmatan syarikat.
Keputusan penilaian berkenaan juga dapat membantu usahawan mengesan penyelesaian terbaik bagi mendorong perniagaan mereka untuk terus berkembang dan mengatasi cabaran terutama sekali dalam sektor e-dagang.
Daftar akaun ELSA dengan 3 langkah mudah:
1. Layari laman web ELSA dan klik butang Sign Up untuk mendaftarkan e-mel dan nama anda. Cipta kata laluan khas untuk akaun ELSA tersebut.
2. Lengkapkan maklumat syarikat anda dalam ruangan yang disediakan. Anda boleh menambah seberapa banyak profil perniagaan yang anda ingini.
3. Jawab semua soalan penilaian dan isi maklumat perniagaan yang tepat.
Cadangan penambahbaikan dan padanan bantuan perniagaan yang sesuai akan ditentukan berdasarkan skor penilaian.
Penggunaan aplikasi penilaian ELSA adalah percuma dan terbuka kepada semua pemilik perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Nak tahu lebih lanjut mengenai keberkesanan ELSA dalam mengukuhkan perniagaan anda? Jom saksikan video yang kami sediakan.
Unifi Business Club (UBC) menganjurkan pelbagai program keusahawanan untuk meningkatkan kepakaran anda dalam perniagaan digital.
Siri jelajah seperti Gegar Convergence dijalankan secara percuma buat ahli UBC bagi mengoptimumkan penggunaan solusi Unifi Business seperti Penyelesaian Pemasaran Digital dan Unifi eCommerce Hub. Rebut peluang keemasan ini dan sertai sekarang!
Community Discussion
Want to join the conversation?
To unlock comments, log in or sign up now!
Dig deeper on topics that matter to you
Interested in more helpful content?
Just sign up to access it all: a wealth of exclusive business insights, events you can attend and so much more!
Sign up now