Article

Automasikan Perniagaan dan Tingkatkan Produktiviti - Bahagian 2

Digitisation

28 Jul 2022 • 3 min read

Sudah pastinya, kebanyakan usahawan seringkali risau untuk beralih arah dengan menggunakan teknologi terkini dengan mengautomasikan perniagaan kerana takut akan peralihan tenaga kerja yang kurang mahir dalam mengendalikan teknologi yang bukan menjadi kebiasaan dan tanggungjawab usahawan yang terdahulu.

 

Oleh demikian usahawan perlu optimis dan terbuka dalam kegunaan teknologi baharu dalam perniagaan kerana terdapat pelbagai faedah ketara apabila anda mengotomasikan perniagaan, antaranya ialah:

 

  1. Peningkatan kecekapan dalam urusan perniagaan

  2. Pemerkasaan pekerja yang lebih mahir

  3. Peningkatan ketepatan maklumat dan jualan

  4. Pembangunan perniagaan yang lebih holistik.

 

Dalam pada itu, penggunaan teknologi automasi perniagaan sebagai solusi dalam urusan gerak kerja perniagaan sedikit sebanyak dapat menyelesaikan beberapa isu-isu dalam proses seharian perniagaan bermula dengan menerima tempahan pembelian, kepada penyediaan bungkusan logistik, pasti akan memberi impak besar kepada kecekapan gerak kerja pengurusan perniagaan. Jelaslah bahawa, sistem teknologi automasi dapat menjimatkan masa dan membolehkan usahawan menguruskan perniagaan untuk merangka strategi, membangunkan pelan baru dan mengambil peluang yang baru dan sedia ada demi kelangsungan perniagaan yang lebih lama. Sistem Automasi membolehkan pekerjamengurangkan tugasan berulang dan membawa kepada gerak kerja yang lebih memfokuskan pada fungsi syarikat yang lebih penting serta terlibat dalam inovasi idea baru dan proses peningkatan pembangunan dalam menambah baik mutu perkhidmatan syarikat.

 

Tambahan pula, Sistem Automasi membolehkan penglibatan pekerja dengan maksimum dalam mencapai matlamat gerak kerja syarikat yang bersifat jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Dengan sistem automasi ini, pekerja memiliki peluang kemahiran dan keberadaan kerja dengan ruang skop kerja yang lebih besar untuk lebih berinovasi, mengenalpasti masalah, mencadangkan suatu solusi, berkongsi pendapat, mengutarakan pendirian dan melaksanakan gerak kerja bersifat kritikal yang dahulunya ditugaskan kepada pihak pengurusan. Sekali gus dapat menanamkan kesetiaan dan kepercayaan kepada pekerja demi mewujudkan suasana kerja yang lebih dinamik di mana semua pekerja tidak kira jawatan atau bahagian dapat  diperkasakan untuk menyumbang sesuatu kepada syarikat.

 

Automasi juga dapat membantu syarikat memantau aktiviti-aktiviti dan melindungi syarikat serta informasi sensitif dari jenayah siber.

 

Yang terakhir, sistem automasi dapat membangunkan sesuatu perniagaan, dengan memberi ruang kepada pekerja untuk fokus kepada matlamat strategik serta keadaan syarikat bagi mendapat faedah daripada peningkatan sekuriti dan mengurangkan kesilapan manusia. Natijahnya syarikat pasti akan mendapatkan impak yang positif dari pekerja lapisan bawah. Ini membolehkan usahawan memfokuskan penjimatan kos kepada strategi baru untuk membangunkan dan mengembangkan perniagaan. Integrasi automasi perniagaan membolehkan peningkatan kecekapan dan produktiviti syarikat serta memberi inspirasi kepada pekerja untuk lebih berinovasi. 

 

Artikel ini disumbangkan oleh Bizapp

Related solutions

image

Conduct all business matters from your…

Solutions

1

Bizapp

Optimize Productivity When Processing…

  • Integrated app-web system that's available in mobile and desktop versions​
  • Comprehensive sales processing modules with an HQ-agent system​
  • Responsive and integrative woo-commerce and plug in for customer-to-HQ service
  • Integrated logistics handling and solutions