Article

Peniaga Usia Emas Eksport Mee Kolo ke Luar Negara

Solusi Digital
Pendigitalan
Pemasaran & Penjenamaan

01 Oct 2024 • 3 min read

Pada usia 64 tahun, mungkin ramai yang memilih untuk bersara dan berehat di rumah menikmati masa yang tersisa bersama anak cucu. Namun, bagi Munah Suaidi, beliau masih sibuk mengembangkan perniagaannya yang telah diasaskan sejak 10 tahun lepas. Munah, yang merupakan bekas eksekutif kewangan, mengambil langkah berani untuk memulakan perniagaan beliau secara kecil-kecilan dari rumah pada tahun 2014 dengan menghasilkan mee kolo segera, iaitu salah satu jenis hidangan ikonik masyarakat Cina di Sarawak.

Menurut Munah, mee kolo kebiasaannya hanya boleh dinikmati di restoran kerana proses pembuatannya yang agak rumit: “Pembuatan mee khas yang digunakan untuk mee kolo melibatkan proses pengeringan di bawah matahari selama beberapa jam. Manakala, penghasilan sosnya memerlukan lapan jenis bahan selain kicap soya. Walaupun terdapat beberapa jenama lain yang mengeluarkan mee kolo segera di pasaran, rasa asli mee kolo telah hilang kerana kebanyakan bahan tersebut tidak digunakan. Selain itu, status halal produk tersebut juga tidak dapat dipastikan kerana tidak mempunyai sijil halal,” jelas Munah.

Di samping menyedari potensi yang besar untuk menjayakan perniagaan mee kolo segera, Munah juga berhasrat untuk menawarkan alternatif kepada pengguna untuk menikmati makanan ringan atau kudap-kudapan yang berkhasiat yang dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi seperti ikan bilis, sayur-sayuran, dan herba. Selain mee kolo segera, beliau juga menawarkan 15 jenis produk lain termasuk snek ikan bilis dengan pelbagai perisa, serunding bunga kantan, terubuk bersira, keropok betik, keropok labu, dan peria goreng.

 

Munah, yang pada mulanya hanya mengeluarkan mee kolo segera, kini menawarkan 15 jenis produk makanan ringan yang diperbuat daripada ikan bilis, sayur-sayuran, ulat tepung (mealworm), dan herba

 

Walaupun menjalankan perniagaan dari rumah dengan dibantu oleh empat atau lima orang pekerja, Munah berjaya mencatatkan jualan sehingga RM40,000 sebulan dengan mempromosikan produknya di platform digital menggunakan Penyelesaian Pemasaran Digital Unifi Business. Produk beliau yang dulunya hanya terjual melalui promosi mulut ke mulut, kini boleh didapati di beberapa kedai fizikal di Kuching (empat lokasi), Brunei (satu lokasi) dan pelbagai platform digital termasuk TikTok, Facebook, dan Halal Street UK, sebuah pasaraya digital bagi produk halal yang berpangkalan di Berkshire, United Kingdom. Munah juga mempunyai beberapa orang agen yang membantu membuat jualan di luar Sarawak termasuk satu di Republik Filipina.

“Pemasaran dan kehadiran digital memang sangat membantu dalam meningkatkan keterlihatan jenama. Sebelum melanggan Penyelesaian Pemasaran Digital Unifi Business, saya hanya membuat promosi dari mulut ke mulut dengan bantuan ahli keluarga dan kenalan. Saya cuba aktif mengikuti pelbagai acara seperti ekspo produk tempatan. Walau bagaimanapun, jualan yang dicatatkan hanya mencecah RM3,000 atau RM4,000 sebulan,” tambah Munah yang juga banyak mengikuti pelbagai kursus keusahawanan dan program yang dianjurkan agensi kerajaan sejak mula berniaga.

Penyelesaian Pemasaran Digital merupakan antara penyelesaian inovatif yang ditawarkan Unifi Business untuk  membantu perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) menguruskan perniagaan mereka dengan lebih cekap. Layari laman web Unifi Business untuk maklumat lanjut.

Related solutions

image

Iklankan bisnes anda di platform percuma

Solutions

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi
image

Tingkatkan pertumbuhan perniagaan anda

Solutions

0

Skim Pembiayaan BSN Micro/i Madani

Menyokong Kesinambungan Perniagaan Anda

  • Pembiayaan/pinjaman sehingga RM50,000
  • Kadar keuntungan/faedah 4% setahun (kadar tetap)
  • 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima
image

Mendayakan perusahaan skala kecil untuk…

Solutions

2

ScoreXcess

Portal Permohonan Pembiayaan Bisnes…

  • Padanan kemampuan bisnes anda dengan mana-mana agensi/institusi kewangan
  • Proses kelulusan sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap
  • Dikuasakan oleh CEDAR
  • 'Onboarding' ringkas