Article

[INFOGRAFIK] Kenapa PMKS Perlu Mendaftarkan Perniagaan?

E-Dagang
Nasihat Niaga
Pengurusan

24 Feb 2023 • 2 min read

Jangan mimpi nak dapatkan pembiayaan dengan mudah kalau perniagaan yang anda jalankan tidak diperakui oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

 

Perkara utama yang perlu dibuat sebelum memulakan perniagaan ialah mendaftarkan syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ia merupakan badan berkanun yang memelihara kepentingan penubuhan syarikat di Malaysia berpandukan Akta Syarikat 2016. 

 

Aktiviti jual beli yang dilakukan secara haram boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk berdepan risiko dipenjarakan jika sabit kesalahan. 

 

Perniagaan yang dijalankan dalam talian sama ada menggunakan platform media sosial mahupun menerusi laman web juga wajib mendapatkan sijil perniagaan SSM, sama seperti perniagaan di premis fizikal. 

 

Ramai golongan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) masa kini kurang sedar dengan kepentingan mendaftarkan perniagaan. Jom lihat kebaikan menjalankan perniagaan berdaftar dalam infografik ini:

 

Kenapa PMKS Perlu Mendaftarkan Perniagaan

 

Unifi Business Club (UBC) bersedia membimbing anda dalam dunia perniagaan yang kian mencabar! Layari laman Solusi kami untuk memanfaatkan penyelesaian digital lengkap.