Article

Jom Bisnes: Rebut Peluang Jadi Usahawan Digital Berjaya Bersama Unifi Business

Tip & Panduan
Digitalisasi
Digitasi
Nasihat Niaga
Perspektif Dalaman

08 Mar 2023 • 5 min read

Siri jelajah Jom Bisnes membuka peluang kepada golongan usahawan yang menjadi tunjang ekonomi negara untuk meningkatkan literasi digital. Kunjungi Jom Bisnes di beberapa lokasi terpilih di seluruh Malaysia.

 

Perubahan zaman membuatkan dunia perniagaan menjadi semakin mencabar. Para peniaga perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu bersedia untuk berdepan dengan pelbagai rintangan khususnya pembiayaan kos perniagaan yang kian meningkat serta penggunaan teknologi terkini dalam aktiviti jual beli dalam talian.

 

Bagi pemilik perniagaan kecil-kecilan, pendigitalan sangat penting kerana ia mampu memberi impak yang besar terhadap kemajuan perniagaan. 

 

Melalui transformasi digital, peniaga dapat meningkatkan kecekapan operasi perniagaan selain berupaya mengurangkan risiko kerugian akibat kesilapan manusia. 

 

Jom Bisnes tampil dengan pelbagai faedah dan aktiviti menarik 

 

Bermula 21 September 2022 sehingga 13 Mac 2023, program jelajah Jom Bisnes anjuran Unifi Business diadakan di 12 lokasi sekitar tanah air. 

 

Ia bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai pendekatan baharu dan idea yang lebih inovatif sebagai inisiatif untuk membantu para usahawan PMKS mendigitalkan perniagaan mereka.  

 

C:\Users\YP2034\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Outlook\J435O0L7\IMG_9124.JPG 

Sertai bermacam-macam aktiviti seperti sesi perbincangan dan perkongsian ilmu bersama barisan panel hebat yang diundang khas daripada agensi ternama seperti Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). 

 

Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dengan ikon-ikon usahawan berjaya daripada pelbagai sektor perniagaan. 

 

Bagi meningkatkan keberkesanan pemasaran anda, jangan ketinggalan untuk mendapatkan tunjuk ajar profesional dengan menyertai bengkel keusahawanan digital (e-Usahawan). 

 

Tawaran penyelesaian menyeluruh dan banyak lagi 

 

Di samping itu, PMKS boleh mempelajari cara menjana keuntungan dengan promosi platform hab e-dagang (Unifi eCommerce Hub) serta menjalani latihan pengurusan perniagaan menggunakan storan awan (Unifi Cloud Storage) dan perisian keselamatan siber.  

 

Nikmati penjimatan sehingga RM960 serta ganjaran baucar percuma apabila anda mendaftar untuk melanggan pakej Internet perniagaan Unifi Business sepanjang acara Jom Bisnes berlangsung. 

 

Hadiah lumayan berbentuk peranti eksklusif seperti tablet, komputer riba dan telefon pintar turut menanti pemenang cabutan bertuah! 

 

C:\Users\YP2034\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Outlook\J435O0L7\IMG-20221012-WA0037.jpg 

Semarakkan kemeriahan Jom Bisnes dengan mengajak keluarga dan rakan-rakan anda untuk ikut serta mentransformasikan perniagaan menggunakan penyelesaian perniagaan yang dibawakan oleh Unifi Business. 

 

Inilah masanya untuk maju ke arah pendigitalan lestari agar perniagaan anda kekal dinamik dan berdaya saing demi memperkukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi digital Malaysia. 

 

Jadual Jom Bisnes 2022–2023 

 

Temui anda pada tarikh dan lokasi berikut:

 

No

Tarikh

Lokasi

Status

1

21 September 2022

Bangi, Selangor

Selesai

2

29 Semptember 2023

Kota Kinabalu, Sabah

Selesai

3

5 Oktober 2022

Johor Bahru, Johor

Selesai

4

12 Oktober 2022

Kuching, Sarawak

Selesai

5

2 November 2022

Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Selesai

6

30 November 2022

Seremban, Negeri Sembilan

Selesai

7

18 Januari 2023

Ayer Keroh, Melaka

Selesai

8

13 Februari 2023

Kuala Terengganu, Terengganu

Selesai

9

23 Februari 2023

Alor Setar, Kedah

Selesai

10

2 Mac 2023

Ipoh, Perak

Selesai

11

9 Mac 2023

Kuantan, Pahang

Akan datang!

12

13 Mac 2023

Kota Bharu, Kelantan

Akan datang!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan tunggu lagi! Jom daftar sekarang

 

Ikuti media sosial Unifi Business di Facebook dan Instagram untuk info serta hebahan terkini tentang siri jelajah Jom Bisnes 2023.  

 

Tak susah nak kembangkan perniagaan kalau anda gunakan saluran yang betul! Sertai pelbagai program yang dipaparkan di Unifi Business Club (UBC) untuk panduan urus niaga lengkap dan berkesan.