Article

Bagaimana Anda Boleh Kembangkan Perniagaan dengan Unifi eCommerce Hub

E-Dagang
Digitalisasi
Digitasi
Teknologi

09 May 2023 • 4 min read

  

Amat penting untuk PMKS menyertai komuniti e-dagang seperti Unifi eCommerce Hub. Penyelesaian digital daripada Unifi Business ini menyediakan bermacam-macam faedah untuk perniagaan dalam talian mahupun luar talian.

 

E-dagang ialah model perniagaan yang melibatkan penjualan dan transaksi pembayaran menggunakan sistem operasi dalam talian. Perubahan sikap pengguna dalam berbelanja menjadi faktor utama yang mendorong golongan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk segera mendigitalkan perniagaan melalui e-dagang.   

  

Penyertaan PMKS dalam e-dagang bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada pelanggan dengan memudahkan proses jual beli secara maya, malahan juga turut membolehkan peniaga meneroka peluang baru dalam mengembangkan perniagaan.  

  

Unifi eCommerce Hub tawarkan solusi 4 dalam 1  

 

UBC_Bagaimana Anda Boleh Kembangkan Perniagaan dengan Unifi eCommerce Hub

 

Sebagai rakan digital yang memahami kehendak serta keperluan usahawan PMKS masa kini, Unifi Business tampil dengan Unifi eCommerce Hub, pusat sehenti yang menawarkan kaedah pengendalian operasi perniagaan dalam talian.  

  

Ia direka khusus untuk membantu para peniaga mengembangkan perniagaan digital dengan sistematik. Akaun kedai dalam talian seperti Shopee dan Lazada boleh dihubungkan ke platform Unifi eCommerce Hub bagi membolehkan peniaga mengawal kesemua akaun perniagaan secara serentak. 

   

1. Centralised Distribution 

 

UBC_Bagaimana Anda Boleh Kembangkan Perniagaan dengan Unifi eCommerce Hub - 02 

 

Centralised Distribution (Pengagihan Berpusat) ialah sistem sokongan perniagaan yang terdapat dalam Unifi eCommerce Hub. Ia membolehkan anda mengendalikan saluran jualan di pelbagai platform (dalam talian dan luar talian) pada masa yang sama. Fungsi penyelarasan saluran jualan boleh diaktifkan dengan hanya beberapa langkah.  

  

Pengguna mempunyai fleksibiliti untuk menetapkan dan mengehadkan akses kepada staf tertentu mengikut keperluan. Ciri ini penting bagi memastikan maklumat sulit syarikat seperti analisis jualan dan data penting yang lain terpelihara daripada risiko digodam atau disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.  

  

Bagi memudahkan anda menjejak prestasi perniagaan, segala maklumat termasuk hasil jualan semasa akan dibentangkan dalam bentuk carta yang ringkas supaya lebih senang untuk difahami. Laporan jualan dan data pelanggan pula dipaparkan pada halaman Analysis.  

 

Dengan adanya pengurusan yang cekap, kos operasi dapat dikurangkan. Penjimatan yang akan diperolehi membolehkan anda menikmati keuntungan berlipat kali ganda selain menambah baik kualiti perkhidmatan pelanggan yang menjadi tunjang kejayaan sesebuah perniagaan. 

  

2. Web Store 

 

UBC_Bagaimana Anda Boleh Kembangkan Perniagaan dengan Unifi eCommerce Hub

 

Sebagai usahawan yang mahu mencipta nama dalam industri perniagaan digital, sudah tentu anda ingin mempunyai pelanggan yang ramai agar jenama dan produk jualan lebih dikenali. Unifi eCommerce Hub mampu merealisasikan impian anda untuk memiliki laman web perniagaan bagi mempertingkatkan imej produk serta memperluaskan saiz pasaran. 

 

Dengan kemudahan yang disediakan menerusi Web Store (Kedai Web), anda berupaya membina laman web perniagaan yang siap dengan sistem pembayaran dalam talian. Ini bermakna anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengupah pereka laman web profesional. 

 

Selain dilengkapi kaedah pembayaran dalam talian yang pelbagai serta ciri penyenaraian produk bagi memudahkan pengguna membuat keputusan membeli, anda juga boleh menyalurkan info tentang produk kepada pembeli menerusi penerbitan penulisan di halaman artikel. 

 

Sistem aturan yang dibina dalam Web Store akan memudahkan peniaga menavigasi ciri-ciri laman web yang dikehendaki mengikut cita rasa dan keperluan perniagaan. Cara pembinaan laman web juga ringkas dan bersifat mesra pengguna. Tiada lagi halangan untuk para peniaga PMKS yang kekurangan literasi digital untuk membuat laman web perniagaan sendiri! 

  

3. Social CRM 

 

UBC_Bagaimana Anda Boleh Kembangkan Perniagaan dengan Unifi eCommerce Hub

 

Perkhidmatan pelanggan adalah antara aspek terpenting yang perlu diambil kira apabila menjalankan perniagaan. Tanpa hubungan baik dengan pelanggan, anda bakal berdepan kesukaran untuk memajukan perniagaan kerana tidak mampu mencapai angka jualan seperti yang disasarkan. 

 

Unifi eCommerce Hub menyediakan platform untuk anda berinteraksi bersama pelanggan pada kadar segera. Social CRM (Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sosial) bertindak sebagai sokongan yang dapat membantu meningkatkan jualan berpandukan laporan pemasaran, rekod data pelanggan dan memperluas capaian pelanggan demi menjana keuntungan yang maksimum. 

 

Anda cuma perlu sambungkan akaun media sosial perniagaan seperti Facebook dan Instagram serta aplikasi permesejan WhatsApp ke sistem Social CRM. Ia akan menyelarikan sistem ulasan dan pertanyaan dari pelbagai platform sosial bagi mempercepat proses membalas. Anda juga boleh mencipta templat respons untuk menjawab setiap pertanyaan pelanggan secara automatik. 

 

Kesemua gabungan data pelanggan di media sosial perniagaan anda boleh diakses dengan cepat melalui platform yang sama tanpa perlu mendaftar masuk secara berasingan. Anda turut berpeluang melihat kekerapan dan sejarah interaksi pengguna seperti komen, maklum balas dan ulasan produk untuk menambah baik sistem perkhidmatan pelanggan sedia ada. 

  

4. Centralised POS 

 

UBC_Bagaimana Anda Boleh Kembangkan Perniagaan dengan Unifi eCommerce Hub

 

POS (Point of Sale) atau titik jualan ialah sistem perisian yang dihubungkan ke beberapa terminal seperti mesin pencetak, pengimbas dan mesin daftar tunai untuk memproses transaksi jualan dalam talian. Terdapat banyak kelebihan apabila perniagaan anda dilengkapi dengan sistem POS yang berintegrasi. 

 

Centralised POS (POS Berpusat) oleh Unifi eCommerce Hub menawarkan pelbagai fungsi yang memfokuskan pengurusan jualan secara digital. Antaranya ialah pengurusan pelanggan dan pembekal, pengurusan laporan kewangan, pengurusan invois dan banyak lagi. Kesemua tetapan ini dapat membantu anda melahirkan sebuah perniagaan yang berdaya saing. 

 

Perkara istimewa yang membezakan Centralised POS dengan sistem POS biasa ialah peniaga berpeluang menetapkan sistem yang sama ke atas setiap cawangan kedai yang dimiliki. Di samping itu, pengurusan invois dalam talian memastikan urus niaga dapat dibuat dengan cepat dan lancar tanpa perlu risau tentang risiko kesilapan di kaunter bayaran. 

 

Setiap jumlah pembayaran akan dikira secara automatik mengikut ketetapan harga produk yang dipaparkan di dalam sistem. Invois dan resit sedia dicetak sebaik transaksi selesai. Anda juga boleh menyemak, mengubah dan mengemas kini invois untuk menguruskan data jualan secara sistematik. 

 

Dengan menggunakan sistem POS yang serba lengkap ini, tiada lagi masalah untuk anda memantau jualan, mengurus laporan dan mengawal perbelanjaan syarikat. Anda kini boleh memfokus kepada pertumbuhan perniagaan, memperhebatkan tahap kepuasan pelanggan serta melonjakkan mutu perkhidmatan. 

 

Tingkatkan kelancaran sistem pengurusan perniagaan anda hari ini dengan solusi pendigitalan lengkap Unifi eCommerce Hub

 

Nak jadi usahawan digital yang berjaya? Sertai Unifi Business Masterclass untuk menguasai kemahiran menggunakan solusi digital Unifi Businesss dengan berkesan. Pendaftaran adalah percuma! 

Related solutions

image

Setiap ahli UBC boleh menikmati DISKAUN…

Solutions

0

EasyStore

Urus E-dagang Pelbagai Saluran

  • Perniagaan dilakukan menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial, SEO, EDM dan banyak lagi
  • Urus semua operasi perniagaan dalam satu tempat
  • Jana jualan dengan bantuan alat yang meningkatkan produktiviti
  • Bisnes analitik yang melancarkan operasi
image

Urusan bisnes dalam genggaman!

Solutions

1

Bizapp

Mengoptimumkan Produktiviti Semasa…

  • Sistem aplikasi web berintegrasi yang tersedia dalam versi mudah alih dan komputer
  • Modul pemprosesan jualan komprehensif dengan sistem HQ-agen
  • ‘Woo-commerce’ dan ‘plug in’ yang responsif dan integratif untuk memudahkan perkhidmatan pelanggan hingga ke ibu pejabat
  • Solusi dan pengurusan logistik berintegrasi
image

Tiada lagi bayaran POS setiap bulan dan…

Solutions

0

KryptoPOS

Penyelarasan Penuh Titik Jualan

  • Sistem berasaskan awan
  • Analitik masa nyata
  • Inventori & transaksi
  • Pengurusan pekerja