Article

4 Punca Benteng Siber Perniagaan Anda Lemah

Keselamatan Siber
Teknologi
Solusi Digital

10 Feb 2023 • 2 min read

Aktiviti operasi dan urus niaga dalam talian kian terdedah kepada risiko serangan penggodam! Kenal pasti punca permasalahan sebagai langkah awal membendung ancaman siber.

 

Peranti berteknologi seperti telefon pintar dan komputer riba berjaya merubah landskap persekitaran kerja. 

 

Selain menjadikan tugasan harian lebih mudah dan cekap, teknologi digital juga berupaya mendorong golongan usahawan untuk meningkatkan produktiviti bagi mencapai matlamat syarikat.  

 

Perkongsian dan pertukaran maklumat berlaku setiap saat menerusi e-mel, media sosial serta aplikasi pesanan ringkas seperti WhatsApp. Perkara tersebut telah membuka peluang kepada penjenayah siber untuk melancarkan serangan. 

 

Musibah seperti kecurian data, kebocoran maklumat sulit serta kehilangan wang selalunya berpunca daripada kelalaian pemilik perniagaan sendiri yang tidak memperkukuhkan keselamatan sistem syarikat yang beroperasi secara dalam talian. 

 

Kami kongsikan beberapa kelemahan utama yang perlu diberi perhatian bagi memastikan perniagaan anda tidak menjadi mangsa jenayah dan serangan siber! 

 

Tak pernah melatih staf 

 

Kebanyakan kes kebocoran data sulit berpunca daripada kecuaian manusia. Kegagalan staf menyimpan kata laluan e-mel atau akaun pejabat dengan cermat akan membuka jalan mudah kepada penggodam untuk mengambil kesempatan. 

 

Kata laluan yang sepatutnya dirahsiakan telah disalin di atas kertas dan ditampal secara terbuka berhampiran meja kerja. Perkara ini mengakibatkan individu yang tidak bertanggungjawab mencuri kata laluan tersebut bagi mendapatkan rekod penting syarikat seperti laporan kewangan atau data peribadi pekerja.  

 

Situasi akan menjadi lebih parah apabila ada orang dalam yang menjadi dalang dan bertindak menjual maklumat tersebut untuk kepentingan diri. Anda mestilah sentiasa mengingatkan staf supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. 

 

Adakan kursus intensif secara berkala untuk para pekerja agar mereka mengenali jenis-jenis serangan siber serta memahami cara terbaik mengatasi permasalahan tersebut seandainya benar-benar berdepan dengan ancaman yang menggugat keselamatan sistem dalam talian syarikat. 

 

Kongsi akaun secara bebas 

 

UBC_4 Punca Benteng Siber Perniagaan Anda Lemah

 

Kesilapan ini sering berlaku dalam syarikat yang mempunyai ramai kakitangan dalam sesebuah jabatan. Akaun penyimpanan fail pejabat atau e-mel pentadbiran yang boleh diakses oleh lebih daripada seorang pekerja berisiko tinggi untuk digodam. 

 

Pemilik perniagaan hendaklah mengehadkan akses staf mengikut keperluan. Hanya individu berjawatan tertentu sahaja diberi hak untuk mengakses fail atau sistem yang berkenaan bagi mengelakkan kebocoran atau penyalahgunaan maklumat.  

 

Guna sistem dan perisian lama 

 

Ada majikan yang keberatan untuk membelanjakan wang bagi mengemas kini sistem maklumat dan perisian syarikat. Ia dianggap tidak penting kerana kos untuk memiliki perisian keselamatan dalam talian yang lengkap dianggap mahal. 

 

Bekerja dalam era digitalisasi tanpa benteng pertahanan yang kukuh akan meningkatkan risiko serangan siber. Bagi menjamin keselamatan siber, anda harus melaburkan sejumlah wang untuk melengkapi sistem penyimpanan maklumat syarikat dengan perisian keselamatan yang terbaik. 

 

Pastikan platform mudah alih dan sistem simpanan storan awan milik syarikat anda dikemas kini dari semasa ke semasa agar terhindar daripada sebarang ancaman yang dapat menggugat kelancaran perniagaan.  

 

Tip penting untuk ahli Unifi Business Club (UBC): Unifi Cloud Storage menawarkan ciri-ciri keselamatan berkualiti dan dipercayai dengan hanya RM9.00 sebulan untuk pakej permulaan. 

 

Guna Internet awam 

 

UBC_4 Punca Benteng Siber Perniagaan Anda Lemah

 

Gaya kerja hibrid sudah menjadi norma masyarakat hari ini. Banyak syarikat memberi kebebasan kepada staf untuk bekerja di luar pejabat. Kafe serta perpustakaan adalah antara lokasi yang sering menjadi pilihan. 

 

Namun, sambungan Internet percuma yang ditawarkan di tempat awam terdedah kepada ancaman siber! Ingatkan staf untuk tidak menggunakan Wi-fi awam. Sebaliknya, gunakan Internet persendirian yang disambungkan melalui telefon pintar (hotspot). 

 

Masih risau perniagaan dalam talian anda diceroboh? Unifi Business tampil dengan solusi menyeluruh hasil kolaborasi dengan Kaspersky. Klik pautan ini untuk butiran lanjut tentang Kaspersky Small Office Security.