Article

3 Punca Utama Perniagaan Gagal

Jualan
Kewangan
Pengurusan

14 Mar 2023 • 2 min read

Membina perniagaan sendiri dan mengukuhkan pertumbuhan syarikat bukannya mudah. Banyak hal yang boleh menjadi penyebab kegagalan. Demi kelangsungan urus niaga, anda harus peka dengan pelbagai isu dan perubahan semasa serta mengambil langkah proaktif untuk kekal kompetitif.

 

Setiap jenis perniagaan yang dijalankan pasti mempunyai risiko kerugian dan kegagalan. Namun, terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti sebagai punca utama yang menyebabkan perkara ini berlaku. 

 

 

Sikap dan pemikiran

 

Kejayaan sesebuah perniagaan bukan saja bergantung kepada usaha dan kerja keras tetapi juga sikap dan pemikiran peniaga itu sendiri. 

 

Dunia perniagaan penuh dengan pelbagai bentuk cabaran. Oleh itu, peniaga perlu mempunyai disiplin yang tinggi dalam menguruskan masa dan kewangan di samping berfikiran positif. Keyakinan diri dan motivasi yang tinggi sangat penting untuk mendorong anda mengejar matlamat dan impian anda. 

 

Pada masa yang sama, anda perlu berfikiran terbuka untuk menerima teguran dan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam mengendalikan perniagaan. Sikap angkuh dan tidak mengambil endah pandangan dan nasihat pakar boleh menjadi penghalang yang membuatkan anda tidak boleh pergi lebih jauh. 

 

Inserting image... 

Kurang ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi

 

Dalam apa jua bidang yang diceburi, anda perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan teknologi. 

 

Sebagai peniaga dalam era digital ini, anda tidak boleh hanya bergantung kepada pelanggan untuk datang ke premis fizikal anda semata-mata. 

 

Penggunaan teknologi dan kehadiran kedai anda di platform digital termasuk media sosial adalah sangat penting untuk membolehkan anda mempromosikan produk dengan lebih berkesan dengan jangkauan pasaran yang lebih luas.  

 

Tanpa pendigitalan, anda tidak mungkin dapat bersaing dengan syarikat lain terutamanya syarikat-syarikat gergasi yang lebih dikenali. 

 

Pengetahuan dalam pengurusan perniagaan membolehkan anda membuat perancangan dan keputusan dengan lebih baik, tepat dan cepat, sekali gus mengurangkan risiko kerugian. Ilmu dan kemahiran juga penting agar anda lebih bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran yang mendatang. 

 

 

Pengurusan kewangan yang lemah 

 

Ramai usahawan baru didapati gagal mengurus kewangan syarikat dengan baik terutamanya di peringkat awal perniagaan. Keuntungan syarikat digunakan untuk menampung gaya hidup serba mewah tanpa mengasingkan sebarang dana khas yang boleh digunakan syarikat apabila menghadapi masalah. 

 

Akibatnya, mereka terpaksa mengambil jalan pintas dengan membuat pinjaman peribadi daripada institusi kewangan bagi menampung kos kerugian. Keadaan ini memberikan bebanan tambahan kepada peniaga yang akhirnya menjadi punca kegagalan perniagaan. 

 

Pengurusan kewangan yang baik memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Peniaga sebaiknya memperuntukkan dana simpanan khas sekurang-kurangnya untuk enam bulan perbelanjaan untuk digunakan di waktu kecemasan. Bak kata pepatah, “Sediakan payung sebelum hujan”. 

 

Rebut peluang untuk menyertai program mengenai pendigitalan perniagaan anjuran Unifi Business Club (UBC)!

 

Daftar sekarang secara percuma bagi memperoleh perkongsian bermanfaat daripada pakar-pakar dan peneraju industri yang terkemuka.

Related solutions

image

Temukan pembelajaran ‘on-demand’ dengan…

Solutions

0

Akademi AirAsia

Pelaburan Bisnes Menerusi Pendidikan

  • Tingkat dan tambah kemahiran demi merebut peluang yang ada
  • Dapatkan kemahiran agar seiring dengan arus semasa​
  • Kandungan kursus pembelajaran yang relevan
  • Kursus berkualiti tinggi yang direka dan diiktiraf universiti serta pengajar berpengalaman​
image

Kendalikan semua akaun anda pada bila…

Solutions

0

Financio

Terokai Perakaunan Pintar

  • Perakaunan automatik bagi mengurangkan kesilapan manusia
  • Perakaunan secara 'on-the-go'
  • Tiada had pengguna
  • Berbilang matawang dan berbilang bahasa
image

Ahli UBC nikmati DISKAUN 50% atas semua…

Solutions

0

EasyStore

Urus E-dagang Pelbagai Saluran

  • Perniagaan dilakukan menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial, SEO, EDM dan banyak lagi
  • Urus semua operasi perniagaan dalam satu tempat
  • Jana jualan dengan bantuan alat yang meningkatkan produktiviti
  • Analitik bisnes yang melancarkan operasi