Article

Strategi Pengambilan Pekerja untuk Usahawan Baharu

Sumber Manusia

26 Jul 2023 • 3 min read

Banyak perkara yang perlu diteliti dalam proses pengambilan kakitangan. Jangan silap pilih kerana calon yang salah akan mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada syarikat anda.

 

Jika anda menjalankan sebuah perniagaan, sudah tentu anda memerlukan pekerja yang berdedikasi dan berkebolehan tinggi untuk melaksanakan tugas-tugas penting di dalam perusahaan. Perkara ini sangat penting untuk diambil kira kerana tanpa tenaga kerja yang berkredibiliti, perniagaan anda mungkin berdepan dengan masalah yang akan menyulitkan kelancaran operasi syarikat. 

 

Bagi memudahkan proses pencarian calon yang tepat untuk mengisi kekosongan di syarikat anda, kami kongsikan beberapa strategi pengambilan pekerja yang boleh dimanfaatkan dan sesuai untuk anda yang baru sahaja membina empayar perniagaan sendiri. 

 

1. Gunakan media sosial 

 

Media sosial memainkan peranan penting dalam aspek komunikasi hari ini. Sekiranya perniagaan anda masih di tahap awal penubuhannya dan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mendapatkan servis agensi pengambilan pekerja, apa kata anda gunakan sahaja platform media sosial sebagai medium pengiklanan. 

 

Muat naik kandungan kreatif untuk mengiklankan kekosongan jawatan yang ingin ditawarkan kepada calon-calon berpotensi. Dalam masa yang sama, selitkan sekali cerita berkenaan latar belakang perniagaan anda agar iklan tersebut dapat menarik lebih ramai calon. 

 

2. Fahami undang-undang sumber manusia

 

Inserting image... 

Pastikan anda memahami isi kandungan undang-undang buruh yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia terlebih dahulu. Hal ini mustahak kerana pengetahuan yang mendalam berupaya mengelakkan berlakunya sebarang kecuaian mahupun diskriminasi terhadap para pekerja pada masa akan datang.  

 

Sebagai majikan yang bertanggungjawab, utamakan kebajikan pekerja. Selain menyediakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), anda juga boleh mengetengahkan faedah kakitangan yang kompetitif seperti elaun Internet dan insurans perlindungan khas untuk para pekerja. 

 

3. Selitkan kreativiti dalam proses temu duga 

 

Selain mengadakan sesi temu duga dan hanya bertanyakan soalan-soalan lazim kepada calon, anda boleh menyediakan beberapa tugasan ringkas untuk mengetahui kemahiran serta pengalaman mereka. 

 

Jangan lupa untuk membuat pemeriksaan latar belakang calon supaya anda boleh memperolehi maklumat yang secukupnya untuk menilai sama ada calon tersebut benar-benar sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat anda. 

 

Bagi memudahkan proses pemilihan calon, anda juga boleh meminta maklumat majikan yang terdahulu bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang kelulusan serta etika kerja mereka semasa bekerja di tempat lama. 

 

4. Lakukan proses onboarding dengan teratur 

 

 

Onboarding (suai tugas) ialah proses penyesuaian yang membolehkan pekerja baharu memahami budaya syarikat, tanggungjawab dan segala perihal bidang tugasan mereka. Pastikan anda mengelolakan proses ini dengan teratur supaya staf baharu tidak berasa ketinggalan. Sediakan juga modul yang lengkap untuk rujukan pekerja baharu anda.  

 

Adakan sesi suai kenal atau orientasi agar staf baharu tidak berasa kekok untuk berinteraksi dengan kakitangan sedia ada di samping memberi ruang kepada mereka untuk membiasakan diri dengan persekitaran dan suasana tempat kerja. 

 

5. Bina budaya niaga yang positif 

 

Jika budaya syarikat anda tidak kukuh, kakitangan bakal menghadapi masalah produktiviti yang mungkin akan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Oleh itu, syarikat anda hendaklah mengamalkan nilai-nilai yang positif dalam menangani kebajikan serta kepentingan para pekerja. Berlaku adil dan hargailah setiap kakitangan yang ada. 

 

Galakkan kesemua pekerja untuk bekerjasama dalam apa jua keadaan. Cuba cipta pelan tindakan yang dapat menambah baik struktur pentadbiran syarikat menerusi sistem maklum balas. Maklum balas jujur yang diperolehi daripada warga kerja akan membantu syarikat anda menjadi lebih maju dan berdaya saing. 

 

Bagi memantapkan lagi operasi perniagaan, manfaatkan solusi penggalak produktiviti Swingvy. Ia mampu membantu anda menguruskan hal ehwal sumber manusia seperti pembayaran gaji dan meluluskan permohonan cuti secara automatik. 

 

Lindungi maklumat sulit syarikat dan kakitangan anda daripada serangan siber dengan penyelesaian keselamatan oleh Unifi Business! 

Related solutions

image

PERCUMA 3 bulan Swingvy Premium +…

Solutions

1

Swingvy

Perisian 'HR Payroll' Dalam Talian yang…

  • Pengalaman 'onboarding' dan pelucutan jawatan pekerja yang mudah
  • Pembayaran gaji hanya dalam beberapa minit (diluluskan LHDN)
  • Kiraan sumbangan kepada KWSP,SOCSO,PCB,EIS,HRDF secara automatik
  • Percuma aplikasi mudah alih HR untuk permohonan cuti, tuntutan dan masa kehadiran
image

Tiada lagi bayaran POS setiap bulan dan…

Solutions

0

KryptoPOS

Penyelarasan Penuh Titik Jualan

  • Sistem berasaskan awan
  • Analitik masa nyata
  • Inventori & transaksi
  • Pengurusan pekerja
image

Temukan pembelajaran ‘on-demand’ dengan…

Solutions

0

Akademi AirAsia

Pelaburan Bisnes Menerusi Pendidikan

  • Tingkat dan tambah kemahiran demi merebut peluang yang ada
  • Dapatkan kemahiran agar seiring dengan arus semasa​
  • Kandungan kursus pembelajaran yang relevan
  • Kursus berkualiti tinggi yang direka dan diiktiraf universiti serta pengajar berpengalaman​