Article

Bagaimana Nak Bina Jenama Perniagaan Anda

Pemasaran & Penjenamaan

01 Sep 2023 • 3 min read

Penjenamaan memainkan peranan yang sangat penting bagi memperkenalkan produk anda dengan berkesan. Kami kongsikan lima tip bernas yang boleh anda aplikasikan.

 

Penjenamaan bukan sahaja relevan kepada individu yang mahu mencipta nama supaya lebih dikenali, tetapi juga amat berguna kepada golongan usahawan. 

 

Bagi sesebuah perusahaan, pembinaan jenama boleh mengukuhkan kepercayaan pengguna terhadap syarikat anda, meningkatkan jualan dalam jangka masa panjang, menarik minat orang ramai dan juga mewujudkan kesetiaan pelanggan.  

 

Sebelum kita menyelami tip untuk membina jenama, kita hendaklah fahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan penjenamaan atau branding. Menurut Kamus Dewan, penjenamaan merujuk kepada pemberian jenama ataupun nama tertentu kepada sesuatu produk yang dihasilkan. Ia merangkumi apa yang jenama anda janjikan buat pelanggan. Aspek penjenamaan adalah mustahak dalam strategi perniagaan, tidak kira betapa besar atau kecilnya saiz perniagaan anda. 

 

1. Pemilihan nama  

 

Pemilihan nama ialah satu komponen utama dalam membentuk jenama yang teguh. Seboleh-bolehnya, beri nama yang unik agar ia lebih menonjol berbanding jenama lain. Anda juga perlu tahu bahawa jenama dan produk adalah dua perkara yang berbeza. 

 

Elak menamakan produk anda sama dengan jenama perniagaan. Ini kerana anda perlu memastikan pelanggan tahu jenama anda sebelum mengenali produk anda. 

 

2. Kenali jenama anda 

 

Inserting image... 

Setelah memilih nama yang sesuai, anda harus mengenal pasti kekuatan jenama anda. Mungkin juga jenama anda mempunyai keunikannya yang tersendiri. Anda perlu tahu apakah perbezaan perniagaan anda berbanding pesaing. 

 

Selepas itu, barulah fokus dalam menyerlahkan kekuatan dan keunikan jenama anda. Cipta slogan yang senang dikaitkan dengan keistimewaan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Selain itu, logo yang tepat juga tidak kurang pentingnya dalam melonjakkan jenama anda. Selepas mereka logo yang sesuai, pastikan logo ini ada di setiap platform media sosial perniagaan anda. 

 

3. Berkomunikasi di media sosial 

 

Zaman sekarang, apabila anda memperkenalkan jenama anda kepada umum, ada banyak saluran yang boleh dipraktikkan selain media tradisional seperti surat khabar, radio dan TV. Kini, kandungan atau content di media sosial memainkan peranan penting dalam membentuk jenama yang bagus. Bina karakter yang unik atau wujudkan tagline khas untuk jenama anda.  

 

Sampaikan mesej kepada pelanggan dan bakal pelanggan melalui penceritaan (storytelling), berinteraksi dengan pelanggan di media sosial secara konsisten atau beri sampel produk anda kepada pelanggan yang bertuah. 

 

Pastikan akaun media sosial anda kekal aktif supaya pelanggan akan terus setia menantikan content baharu daripada anda. Di samping itu, anda juga boleh membina laman web yang membolehkan pelanggan merujuk atau mendapatkan maklumat tentang produk yang anda jual. 

 

4. Kenali pelanggan anda 

 

Inserting image... 

Ada cara untuk membuatkan orang mengingati jenama anda iaitu dengan menentukan dan memilih pelanggan melalui kaji selidik serta membahagikan audiens sasaran kepada beberapa segmen tertentu (audience segmentation). 

 

Iklan yang anda buat pula boleh dibahagikan mengikut ciri-ciri demografi seperti umur, jantina, status perkahwinan dan banyak lagi. Ingat, selain content yang menarik, pelanggan juga suka dengan jenama yang memberi respons pantas apabila mereka mempunyai persoalan tentang jenama tersebut. 

 

5. Tambah pengikut media sosial 

 

Bukan mudah buat jenama yang baharu bertapak dalam dunia perniagaan untuk mencari pengikut (followers). Namun, usah berputus asa. Pastikan anda terus aktif dan konsisten dalam mencari pengikut baharu. 

 

Salah satu caranya adalah melalui kandungan pemasaran yang menarik di media sosial. Selain itu, penggunaan pempengaruh (influencer) dalam mempromosikan produk anda juga boleh menjadi salah satu faktor penambahan pengikut di media sosial. 

 

Jadi, manfaatkanlah media sosial sebagai platform untuk membangunkan reputasi dan mendekati pelanggan. Jangan abaikan maklum balas, komen atau mesej peribadi daripada para pengikut anda dan rajin-rajinlah kemas kini maklumat tentang produk anda di laman sosial dan laman web. 

 

Nak digitalkan perniagaan dan lariskan jualan? Banyak faedah eksklusif menanti ahli Unifi Business Club (UBC)! Klik di sini untuk dapatkan penyelesaian yang disediakan.  

 

Jom terokai solusi Digital Marketing Solution (DMS) daripada Unifi Business! Pelaksanaan kempen pemasaran digital untuk perniagaan anda akan jadi lebih mudah dengan adanya sokongan konsultan pemasaran yang berpengalaman.

Related solutions

image

Setiap ahli uBC boleh menikmati DISKAUN…

Solutions

0

EasyStore

Urus E-dagang Pelbagai Saluran

  • Perniagaan dilakukan menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial, SEO, EDM dan banyak lagi
  • Urus semua operasi perniagaan dalam satu tempat
  • Jana jualan dengan bantuan alat yang meningkatkan produktiviti
  • Bisnes analitik yang melancarkan operasi
image

Urusan bisnes dalam genggaman!

Solutions

1

Bizapp

Mengoptimumkan Produktiviti Semasa…

  • Sistem aplikasi web berintegrasi yang tersedia dalam versi mudah alih dan komputer
  • Modul pemprosesan jualan komprehensif dengan sistem HQ-agen
  • ‘Woo-commerce’ dan ‘plug in’ yang responsif dan integratif untuk memudahkan perkhidmatan pelanggan hingga ke ibu pejabat
  • Solusi dan pengurusan logistik berintegrasi
image

Temukan pembelajaran ‘on-demand’ dengan…

Solutions

0

AirAsia Academy

Pelaburan Bisnes Menerusi Pendidikan

  • Tingkat dan tambah kemahiran demi merebut peluang yang ada
  • Dapatkan kemahiran agar seiring dengan arus semasa​
  • Kandungan kursus pembelajaran yang relevan
  • Kursus berkualiti tinggi yang direka dan diiktiraf universiti serta pengajar berpengalaman​