Article

Kenal Pasti Jenis E-Dagang yang Sesuai untuk Perniagaan Anda

E-Dagang
Digitalisasi
Teknologi
Pemasaran & Penjenamaan
Jualan

09 Feb 2023 • 4 min read

Penting untuk usahawan memilih model perniagaan dalam talian yang bersesuaian dengan konsep penjualan. Fahami fungsi perdagangan elektronik dan peranannya dalam memajukan syarikat anda.

 

E-dagang (e-commerce) ialah proses jual beli atau transaksi komersial yang berlaku di alam maya.  

 

Platform e-dagang merupakan saluran beli-belah dalam talian yang menyediakan perkhidmatan lengkap. Ia meliputi aspek penjualan, servis penghantaran dan transaksi pembayaran tanpa tunai yang memudahkan pengguna membuat pembelian secara langsung.

 

Selain memberi banyak faedah kepada pelanggan, pemilihan konsep e-dagang yang bertepatan juga sangat mustahak supaya ahli perniagaan dapat pergi jauh dalam bidang perniagaan digital. 

 

Tanpa perancangan dan penstrukturan e-dagang yang strategik, usahawan mungkin akan mengalami masalah melariskan jualan kerana produk yang dipasarkan tidak mempunyai kelainan serta daya tarikan unik berbanding produk lain di pasaran. 

 

Tip penting untuk ahli Unifi Business Club (UBC): Integrasikan pelbagai platform jualan anda dengan Unifi eCommerce Hub. Pusat sehenti ini menampilkan penyelesaian 4 dalam 1 dengan pelan serendah RM49!  

 

Bagi menyerlahkan potensi syarikat anda dalam aktiviti niaga yang berpaksikan teknologi, ketahui empat model e-dagang serta manfaatnya untuk kemajuan perniagaan. 

 

Perniagaan kepada perniagaan 

 

Business to business (B2B) ialah model yang mengetengahkan konsep penjualan produk atau servis kepada perniagaan lain. Ia merangkumi aktiviti perdagangan yang berlaku antara dua atau lebih pembekal. 

 

Mana-mana peniaga atau pengusaha kedai runcit yang membeli barangan daripada pembekal akan menjual semula produk tersebut kepada pengguna. Sebagai contoh, penternak ayam menjual ayam segar kepada cawangan pasar raya serta pusat sembelihan. 

 

Urus niaga biasanya mempunyai kitaran jualan yang lebih panjang namun sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pengguna kerana dibeli secara berulang kali. 

 

Perniagaan kepada pengguna 

 

Business to consumer (B2C) ialah proses penjualan yang berlaku di antara penjual dan pembeli. Syarikat akan membekalkan servis atau produknya secara langsung kepada pelanggan. 

 

Dalam model ini, pelanggan berfungsi sebagai pengguna akhir yang akan menikmati faedah daripada barangan atau pembelian tersebut. 

 

Secara tradisional, perniagaan B2C melibatkan aktiviti niaga antara peniaga dan pelanggan seperti makan di restoran, membeli ikan di pasar daripada penjual makanan laut segar atau membeli tiket wayang di pawagam.  

 

Dengan peningkatan literasi komputer serta amalan berbelanja secara online yang ketara dalam kalangan pengguna hari ini, semakin ramai usahawan berlumba-lumba memasarkan jualan mereka di media sosial, laman web atau aplikasi mudah alih. Ia telah merubah tabiat penjualan kerana setiap transaksi dan pembelian boleh dilakukan menerusi platform dalam talian.

 

Inserting image... 

Pengguna kepada pengguna 

 

Consumer to consumer (C2C) ialah konsep jual beli dua hala sama seperti B2C. Ia merujuk kepada penjualan yang berlaku sesama pengguna. 

 

Perniagaan yang berlandaskan model ini akan berfungsi sebagai penyedia platform atau perantara jualan.  

 

Dalam konteks baju bundle misalnya, entiti yang memperdagang serta mempromosikan barangan jualan pengguna seperti Carousell atau Facebook Marketplace membolehkan individu menjual pakaian terpakai kepada pengguna lain. 

 

Pasaran C2C dapat membantu peniaga kecil meluaskan pasaran dengan pengkhususan yang lebih sistematik. Model ini memberi ruang kepada pelanggan untuk mengakses produk unik pada harga terbaik. 

 

Ada juga syarikat yang memperoleh keuntungan daripada aktiviti perniagaan C2C dengan menjual kembali barangan berharga tersebut pada harga yang lebih tinggi.  

 

Pengguna kepada perniagaan  

 

Consumer to business (C2B) membolehkan individu menjual barangan atau servis yang ditawarkannya kepada syarikat pembekal.  

 

Selain menggalakkan perniagaan yang terlibat untuk terus berinovasi menghasilkan produk terkini berpandukan keperluan dan cita rasa pengguna, model e-dagang ini menawarkan banyak faedah kepada kedua-dua belah pihak.  

 

Contohnya, sebuah syarikat kosmetik melancarkan rangkaian gincu baru. Bagi meningkatkan kesedaran tentang kewujudan produk tersebut, khidmat pempengaruh (influencer) media sosial telah digunakan. 

 

Pempengaruh tersebut diminta mencipta gaya solekan serta membuat ulasan mengenai keistimewaan gincu tersebut. Sebagai pulangan, alat solek percuma dan sejumlah bayaran akan diberikan bergantung kepada jumlah tontonan video atau tanda suka (likes) yang terkumpul.  

 

Cara ini membolehkan pengguna itu sendiri menjana pendapatan dengan menjual perkhidmatan berbentuk promosi, manakala perniagaan pula mampu mencapai pelanggan sasaran dengan lebih meluas! 

 

 

Kelebihan guna e-dagang  

 

Dengan memanfaatkan e-dagang, sesiapa sahaja boleh menjadi usahawan dalam talian yang hebat. Berniaga menerusi laman web atau media sosial tidak memerlukan kos permulaan besar seperti usahawan tradisional yang perlu menyewa kedai atau memiliki gerai terlebih dahulu. 

 

Bukan itu sahaja, anda boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi kerana kedai di alam siber beroperasi tanpa had waktu. Kaedah pembayaran elektronik memastikan proses pembelian berjaya diselesaikan dengan pantas dan mudah. Tawaran perkhidmatan kiriman cepat (courier) pula berupaya menarik minat pelanggan yang mahukan penghantaran segera. 

 

Peralihan medium tradisional ke pasaran digital membuka peluang yang lebih baik untuk para peniaga perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memajukan diri. E-dagang berfungsi sebagai ‘tapak’ perniagaan untuk golongan usahawan baharu mengembangkan jenama mereka.  

 

Ambil langkah yang proaktif untuk segera mentransformasikan perniagaan anda melalui e-dagang! 

 

UBC sentiasa peka dengan keperluan usahawan PMKS. Kami tawarkan banyak penyelesaian digital yang mudah disesuaikan dengan perniagaan anda! Kunjungi laman Solusi untuk info lanjut.