Article

Peniaga Dalam Talian Perlu Bayar Cukai? Perkara yang Anda Patut Tahu

Tip & Panduan
Nasihat Niaga
Kewangan

06 Apr 2023 • 3 min read

Jadilah usahawan digital yang bertanggungjawab demi pembangunan negara. Lakukan pembayaran cukai agar kita semua dapat menikmati kehidupan yang selesa, selamat dan harmoni.

 

Ramai peniaga masih tidak sedar terhadap tanggungjawab mereka untuk membayar cukai pendapatan. Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), sebanyak 31,598 entiti merangkumi individu, perniagaan, syarikat dan lain-lain yang tidak mengisytiharkan pendapatan. Akibatnya, negara mengalami ketirisan cukai langsung yang dianggarkan berjumlah RM665 juta. 

 

Mengapa peniaga dalam talian (online) perlu membayar cukai pendapatan? 

 

Di Malaysia, cukai pendapatan merupakan antara penyumbang utama pendapatan negara. Setiap pendapatan atau keuntungan daripada pekerjaan, perniagaan dan sebarang aktiviti perdagangan boleh dikenakan cukai. 

 

UBC_Peniaga Dalam Talian Perlu Bayar Cukai Perkara yang Anda Patut Tahu

 

Ramai golongan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menceburi ekonomi digital termasuklah pempengaruh media sosial (social media influencer) tidak tahu yang mereka sebenarnya wajib membayar cukai. 

 

Walaupun perniagaan tersebut melibatkan aktiviti jual beli yang dilakukan menerusi platform media sosial, ia tetap dikira sebagai profesion atau pekerjaan yang mendatangkan keuntungan. 

 

Antara bidang perniagaan digital yang diwajibkan membayar cukai: 

 

  • Peruncitan: Ejen, stokis dan pesan hantar (dropship

  • Pengangkutan dan logistik: Sewa kereta, penjualan tiket dalam talian dan lain-lain 

  • Pendidikan: Tutor dalam talian, penjualan buku elektronik dan lain-lain 

  • Langganan: Servis penstriman video, langganan hiburan televisyen dan lain-lain 

  • Media dan penyiaran: YouTube, khidmat fotografi dan lain-lain 

  • Pengiklanan: Ulasan produk oleh penulis blog dan pempengaruh media sosial 

  • Mata wang kripto: Pelaburan dan jual beli mata wang kripto 

 

Sumber: HASiL  

 

Para peniaga dalam talian yang menjana sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan harus  mengisytiharkan jumlah pendapatan tahunan mereka kepada HASiL. Mereka juga perlu menghantar borang cukai serta melakukan pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selewat-lewatnya pada 30 Jun setiap tahun. 

  

Kegagalan untuk mengisytiharkan cukai pendapatan perniagaan akan memberi impak kepada diri anda dan syarikat. Antara kesan buruk tidak mengisytihar dan membayar cukai adalah: 

 

  • Hutang cukai akan terus bertambah 

  • Dikenakan penalti yang tinggi 

  • Nama disenarai hitam dan dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara 

  • Berdepan hukuman penjara 

  • Sukar membuat pinjaman bank 

 

Kadar cukai pendapatan untuk peniaga dalam talian

 

Pada tahun 2016, HASiL pernah mengeluarkan satu siaran media bagi menjelaskan isu yang menyentuh soal cukai pendapatan untuk peniaga dalam talian. 

 

Kadar cukai pendapatan yang dikenakan ke atas peniaga dalam talian adalah sama seperti peniaga yang beroperasi di luar talian (offline atau konvensional) seperti pemilik restoran, butik atau kedai runcit. 

 

Menurut Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967, pendapatan sesebuah perniagaan layak dikenakan cukai pendapatan setelah mengambil kira semua perbelanjaan dalam perniagaan serta pelepasan cukai yang layak dituntut oleh pemilik perniagaan tersebut.

 

UBC_Peniaga Dalam Talian Perlu Bayar Cukai Perkara yang Anda Patut Tahu

 

Mulai tahun taksiran 2023, bagi perniagaan dalam talian yang dijalankan oleh individu, cukai pendapatan akan ditentukan mengikut kadar cukai pendapatan individu bermula dari 0% sehingga 30%

 

Kadar cukai pendapatan yang dikenakan kepada perniagaan dalam talian yang dijalankan oleh syarikat PMKS adalah antara 15% dan 24%

 

Semua peniaga dalam talian diwajibkan untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan membuka fail cukai pendapatan dengan HASiL.  

 

Pendapatan daripada hasil perniagaan yang diperolehi perlu diisytiharkan dalam Borang Nyata (BN) dan cukai pendapatan yang ditaksir hendaklah dibayar kepada HASiL setiap tahun. 

 

Kepentingan melaporkan dan membayar cukai pendapatan

 

  1. Mengesahkan jumlah pendapatan yang diterima bagi sebarang urusan rasmi selain memudahkan peniaga untuk mendapatkan bantuan khas kerajaan. 

  2. Memudahkan peniaga untuk mendapat kelulusan permohonan pinjaman kewangan daripada bank atau institusi kewangan lain. 

  3. Membantu kerajaan untuk mentadbir dan menguruskan negara, di samping menyokong perbelanjaan pembangunan negara bagi tujuan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. Cukai yang anda bayar juga digunakan untuk meningkatkan kualiti fasiliti awam, sektor perkhidmatan kesihatan, sektor pendidikan dan kebajikan rakyat. 

 

Cara melaporkan pendapatan perniagaan kepada HASiL

 

UBC_Peniaga Dalam Talian Perlu Bayar Cukai Perkara yang Anda Patut Tahu

 

  • Pastikan perniagaan anda mempunyai nombor cukai pendapatan 

  • Pendaftaran nombor rujukan cukai boleh dibuat secara dalam talian atau hadir ke cawangan HASiL yang berhampiran 

  • Daftarkan perniagaan dengan SSM dan HASiL bagi mendapatkan nombor cukai pendapatan 

  • Laporkan pendapatan/kerugian yang diterima daripada aktiviti perniagaan dalam talian 

  • Lengkapkan dan hantar Borang e-B (borang cukai) secara e-Filing  

  • Buat pembayaran cukai menerusi ByrHASiL 

  • Pastikan anda simpan kesemua dokumen dan rekod perniagaan selama tujuh tahun 

 

Jenis-jenis dokumen yang perlu disimpan 

 

Kesemua rekod perniagaan dan dokumen sokongan berikut mesti disimpan selama tujuh tahun untuk tujuan potongan, pelepasan serta rebat yang boleh dituntut semula.

 

  • Penyata dari gerbang bayaran (payment gateway), contohnya PayPal, iPay88 dan PayHalal 

  • Perbelanjaan domestik dan persendirian 

  • Penyata bank 

  • Penyata pendapatan daripada syarikat pengiklanan 

  • Invois jualan dan rekod belian 

  • Pengesahan aktiviti jual beli melalui e-mel dan lain-lain 

  • Dokumen perjanjian 

  • Resit asal bagi setiap pelepasan atau perbelanjaan yang boleh dituntut 

 

Sumber: HASiL 

 

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi HASiL

 

Unifi Business Club (UBC) menawarkan pelbagai solusi eksklusif dan program keusahawanan percuma untuk membantu usahawan PMKS mengendalikan perniagaan. 

 

Tip untuk ahli UBC: Manfaatkan perisian perakaunan lengkap Financio untuk menguruskan kewangan syarikat anda dengan efisien dan sistematik. 

Related solutions

image

Setiap ahli uBC boleh menikmati DISKAUN…

Solutions

0

EasyStore

Urus E-dagang Pelbagai Saluran

  • Perniagaan dilakukan menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial, SEO, EDM dan banyak lagi
  • Urus semua operasi perniagaan dalam satu tempat
  • Jana jualan dengan bantuan alat yang meningkatkan produktiviti
  • Bisnes analitik yang melancarkan operasi
image

Kendalikan semua akaun anda pada bila…

Solutions

0

Financio

Terokai Perakaunan Pintar

  • Perakaunan automatik bagi mengurangkan kesilapan manusia
  • Perakaunan secara 'on-the-go'
  • Tiada had pengguna
  • Berbilang matawang dan berbilang bahasa
image

Iklankan SME Anda di Platform Percuma

Solutions

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi