An illegal choice has been detected. Please contact the site administrator.

Article

[VIDEO] Faedah Program Kesetiaan Pelanggan kepada Perniagaan Anda

Pengalaman Pelanggan

05 Sep 2024 • 2 min read

Salah satu cara untuk menarik minat para pelanggan supaya mereka melakukan pembelian semula atau tempahan berulang adalah dengan memberi ganjaran. Tawaran hadiah menarik seperti kupon beli-belah atau peranti elektronik percuma mampu meningkatkan jualan!

 

Lambakan produk yang seakan sama di pasaran dikhuatiri dapat menjejaskan pencapaian sesebuah syarikat. Pelanggan yang setia penting bagi menjamin keuntungan dan mengekalkan kestabilan perniagaan.

 

Program kesetiaan ialah taktik pemasaran yang berupaya mempengaruhi pelanggan untuk melakukan pembelian semula. Ia membantu anda mengumpul lebih ramai pelanggan tetap serta meningkatkan jualan dalam jangka waktu yang singkat.

 

Sebagai tanda penghargaan, beri ganjaran berbentuk barangan, wang tunai mahupun mata yang boleh ditebus kepada pembeli seandainya transaksi pembelian tersebut mencapai jumlah yang ditetapkan.

 

Lebih banyak wang yang dibelanjakan, lebih banyak insentif yang akan diterima. Pelanggan anda pasti berasa lebih seronok untuk membeli dengan lebih kerap.

 

Saksikan video yang kami sediakan untuk memahami konsep program kesetiaan serta manfaatnya untuk perniagaan anda.

 

Jom sertai pelbagai program yang direka khusus bagi membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengukuhkan perniagaan digital.

 

Ingin tingkatkan kecekapan urus niaga dan keselamatan siber syarikat anda secara serentak? Terokai Unifi eCommerce Hub dan Kaspersky Small Office Security hari ini!

Related solutions

image

Iklankan bisnes anda di platform percuma

Solutions

0

Dattel

Sasaran Pelanggan Pelbagai Media

  • Akses kepada analitik pengguna merentasi 10 pemasaran menegak
  • Pengguna media sosial yang saling berhubung menerusi TikTok, Facebook & Instagram
  • Menjejak prestasi ‘conversion’ berbanding penanda aras industri
  • REV ads manager
  • Fungsi ‘Smart Narrative’ yang memandu pengguna di platform
  • Data ruang kerja yang berbilang dimensi
image

Mendayakan perusahaan skala kecil untuk…

Solutions

2

ScoreXcess

Portal Permohonan Pembiayaan Bisnes…

  • Padanan kemampuan bisnes anda dengan mana-mana agensi/institusi kewangan
  • Proses kelulusan sehingga 3 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap
  • Dikuasakan oleh CEDAR
  • 'Onboarding' ringkas
image

Tingkatkan pertumbuhan perniagaan anda

Solutions

0

Skim Pembiayaan BSN Micro/i Madani

Menyokong Kesinambungan Perniagaan Anda

  • Pembiayaan/pinjaman sehingga RM50,000
  • Kadar keuntungan/faedah 4% setahun (kadar tetap)
  • 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima

Community Discussion

0 comments

Article

[VIDEO] How to Encourage Repeat Purchases Through an Improved Customer Journey

Customer Experience

30 Aug 2024 • 2 min read

Keep your loyal customers happy to continue making more sales for your business. Achieve this by offering an excellent customer experience to increase their satisfaction.

 

A positive experience can turn a one-time buyer into a long-term customer. Having pleasant interactions from the first touchpoint through the funnel to the post-purchase experience will create a lasting impression.

 

When customers are happy with their first purchase, most likely they’ll come back! Watch now to learn how you can enhance the customer journey and lead to repeat orders.

 

Pro tip: Capture crucial consumer data with Dattel to create more targeted communication. Claim your perks as a Unifi Business Club (UBC) member and explore tailor-made solutions to boost your business.

 

Reach your ideal audience with Digital Marketing Solution. Your campaign is run for you by a team of dedicated marketing specialists, who will tailor the materials and metrics to your liking. All available with 0% interest instalment!

Related solutions

image

Advertise your SME on a Free Platform

Solutions

0

Dattel

Target Customers on Every Kind of Media

  • Access to consumer analytics that span across 10 verticals
  • Social media audience connects across TikTok, Facebook, and Instagram
  • Track conversion performance against industry benchmarks
  • REV Ads Manager
  • Smart Narrative function which guides the user throughout the platform
  • Multi-dimensional data workspace​
image

Revitalise your business capabilities

Solutions

0

BSN Micro/i Madani Scheme

Supporting Your Business Continuity

  • Financing/loan up to RM50,000
  • Profit/interest rate at 4% p.a. (flat rate)
  • 14 working days after receiving complete documents
image

Enabling small-scale entrepreneurs to…

Solutions

2

ScoreXcess

Business Financing Application Portal…

  • Matches your business capabilities with any financing agency/institution
  • Approval process of up to 3 working days, depending on the completion of documents
  • Powered by CEDAR
  • Simple onboarding

Community Discussion

0 comments

Article

[VIDEO] Ingin Mulakan Perniagaan Francais? Ikuti Panduan Ini!

Tip & Panduan

29 Aug 2024 • 2 min read

Minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan mampu memperkuatkan azam anda untuk mencapai impian menjadi usahawan berjaya. Salah satu cara untuk melangkah masuk ke bidang keusahawanan adalah dengan menjadi francaisi.

 

Menceburi industri francais dapat mengasah kemahiran anda dalam bidang pengurusan perniagaan. Selain itu, anda juga boleh meningkatkan keupayaan serta ilmu keusahawanan untuk mengendalikan sebuah perusahaan dengan baik.

 

Model perniagaan francais memberi peluang kepada anda yang ingin berkecimpung dalam arena perniagaan untuk mengorak langkah bergelar usahawan dengan mudah.

 

Terdapat banyak premis perniagaan francais dibuka di negara kita terutamanya di kawasan bandar dan taman perumahan. Sektor makanan dan minuman menjadi pilihan ramai francaisi tempatan.

 

Sistem operasi yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat induk (francaisor) menjadi faktor pendorong utama untuk usahawan menceburi industri francais. Anda boleh fokus kepada aspek pengurusan dan merangka aktiviti pemasaran untuk memperkenalkan perniagaan anda kepada orang ramai.

 

Saksikan video ini untuk mengetahui cara memulakan perniagaan francais.

 

Unifi Business Club (UBC) menyediakan platform lengkap untuk para usahawan mempelajari selok-belok perniagaan. 

 

Tingkatkan kemahiran perniagaan menerusi program keusahawanan yang kami anjurkan khas untuk anda. 

Community Discussion

0 comments

Article

Bagaimana Nak Bina Jenama Perniagaan Anda

Pemasaran & Penjenamaan

01 Sep 2023 • 3 min read

Penjenamaan memainkan peranan yang sangat penting bagi memperkenalkan produk anda dengan berkesan. Kami kongsikan lima tip bernas yang boleh anda aplikasikan.

 

Penjenamaan bukan sahaja relevan kepada individu yang mahu mencipta nama supaya lebih dikenali, tetapi juga amat berguna kepada golongan usahawan. 

 

Bagi sesebuah perusahaan, pembinaan jenama boleh mengukuhkan kepercayaan pengguna terhadap syarikat anda, meningkatkan jualan dalam jangka masa panjang, menarik minat orang ramai dan juga mewujudkan kesetiaan pelanggan.  

 

Sebelum kita menyelami tip untuk membina jenama, kita hendaklah fahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan penjenamaan atau branding. Menurut Kamus Dewan, penjenamaan merujuk kepada pemberian jenama ataupun nama tertentu kepada sesuatu produk yang dihasilkan. Ia merangkumi apa yang jenama anda janjikan buat pelanggan. Aspek penjenamaan adalah mustahak dalam strategi perniagaan, tidak kira betapa besar atau kecilnya saiz perniagaan anda. 

 

1. Pemilihan nama  

 

Pemilihan nama ialah satu komponen utama dalam membentuk jenama yang teguh. Seboleh-bolehnya, beri nama yang unik agar ia lebih menonjol berbanding jenama lain. Anda juga perlu tahu bahawa jenama dan produk adalah dua perkara yang berbeza. 

 

Elak menamakan produk anda sama dengan jenama perniagaan. Ini kerana anda perlu memastikan pelanggan tahu jenama anda sebelum mengenali produk anda. 

 

2. Kenali jenama anda 

 

Inserting image... 

Setelah memilih nama yang sesuai, anda harus mengenal pasti kekuatan jenama anda. Mungkin juga jenama anda mempunyai keunikannya yang tersendiri. Anda perlu tahu apakah perbezaan perniagaan anda berbanding pesaing. 

 

Selepas itu, barulah fokus dalam menyerlahkan kekuatan dan keunikan jenama anda. Cipta slogan yang senang dikaitkan dengan keistimewaan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Selain itu, logo yang tepat juga tidak kurang pentingnya dalam melonjakkan jenama anda. Selepas mereka logo yang sesuai, pastikan logo ini ada di setiap platform media sosial perniagaan anda. 

 

3. Berkomunikasi di media sosial 

 

Zaman sekarang, apabila anda memperkenalkan jenama anda kepada umum, ada banyak saluran yang boleh dipraktikkan selain media tradisional seperti surat khabar, radio dan TV. Kini, kandungan atau content di media sosial memainkan peranan penting dalam membentuk jenama yang bagus. Bina karakter yang unik atau wujudkan tagline khas untuk jenama anda.  

 

Sampaikan mesej kepada pelanggan dan bakal pelanggan melalui penceritaan (storytelling), berinteraksi dengan pelanggan di media sosial secara konsisten atau beri sampel produk anda kepada pelanggan yang bertuah. 

 

Pastikan akaun media sosial anda kekal aktif supaya pelanggan akan terus setia menantikan content baharu daripada anda. Di samping itu, anda juga boleh membina laman web yang membolehkan pelanggan merujuk atau mendapatkan maklumat tentang produk yang anda jual. 

 

4. Kenali pelanggan anda 

 

Inserting image... 

Ada cara untuk membuatkan orang mengingati jenama anda iaitu dengan menentukan dan memilih pelanggan melalui kaji selidik serta membahagikan audiens sasaran kepada beberapa segmen tertentu (audience segmentation). 

 

Iklan yang anda buat pula boleh dibahagikan mengikut ciri-ciri demografi seperti umur, jantina, status perkahwinan dan banyak lagi. Ingat, selain content yang menarik, pelanggan juga suka dengan jenama yang memberi respons pantas apabila mereka mempunyai persoalan tentang jenama tersebut. 

 

5. Tambah pengikut media sosial 

 

Bukan mudah buat jenama yang baharu bertapak dalam dunia perniagaan untuk mencari pengikut (followers). Namun, usah berputus asa. Pastikan anda terus aktif dan konsisten dalam mencari pengikut baharu. 

 

Salah satu caranya adalah melalui kandungan pemasaran yang menarik di media sosial. Selain itu, penggunaan pempengaruh (influencer) dalam mempromosikan produk anda juga boleh menjadi salah satu faktor penambahan pengikut di media sosial. 

 

Jadi, manfaatkanlah media sosial sebagai platform untuk membangunkan reputasi dan mendekati pelanggan. Jangan abaikan maklum balas, komen atau mesej peribadi daripada para pengikut anda dan rajin-rajinlah kemas kini maklumat tentang produk anda di laman sosial dan laman web. 

 

Nak digitalkan perniagaan dan lariskan jualan? Banyak faedah eksklusif menanti ahli Unifi Business Club (UBC)! Klik di sini untuk dapatkan penyelesaian yang disediakan.  

 

Jom terokai solusi Digital Marketing Solution (DMS) daripada Unifi Business! Pelaksanaan kempen pemasaran digital untuk perniagaan anda akan jadi lebih mudah dengan adanya sokongan konsultan pemasaran yang berpengalaman.

Related solutions

image

Ahli UBC nikmati DISKAUN 50% atas semua…

Solutions

0

EasyStore

Urus E-dagang Pelbagai Saluran

  • Perniagaan dilakukan menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial, SEO, EDM dan banyak lagi
  • Urus semua operasi perniagaan dalam satu tempat
  • Jana jualan dengan bantuan alat yang meningkatkan produktiviti
  • Analitik bisnes yang melancarkan operasi
image

Urusan bisnes dalam genggaman!

Solutions

2

Bizapp

Mengoptimumkan Produktiviti Semasa…

  • Sistem aplikasi web berintegrasi yang tersedia dalam versi mudah alih dan komputer
  • Modul pemprosesan jualan komprehensif dengan sistem HQ-agen
  • ‘Woo-commerce’ dan ‘plug-in’ yang responsif dan integratif untuk memudahkan perkhidmatan pelanggan hingga ke ibu pejabat
  • Solusi dan pengurusan logistik berintegrasi
image

Temukan pembelajaran ‘on-demand’ dengan…

Solutions

0

Akademi AirAsia

Pelaburan Bisnes Menerusi Pendidikan

  • Tingkat dan tambah kemahiran demi merebut peluang yang ada
  • Dapatkan kemahiran agar seiring dengan arus semasa​
  • Kandungan kursus pembelajaran yang relevan
  • Kursus berkualiti tinggi yang direka dan diiktiraf universiti serta pengajar berpengalaman​

Community Discussion

0 comments

Article

Susah Nak Buat Keputusan yang Tepat? Mudah Saja dengan 5 Cara Ini

Tip & Panduan
Pengurusan

02 Feb 2023 • 3 min read

Sebagai usahawan, anda pasti sering mengalami dilema apabila berdepan dengan kekeliruan atau masalah yang timbul sepanjang mengemudi perniagaan.  

 

Proses membuat keputusan bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak aspek penting yang perlu diambil kira bagi mencapai matlamat utama. Nampak macam senang, namun setiap pertimbangan yang anda lakukan akan memberi kesan kepada prestasi syarikat dan kakitangan anda. 

 

Jadi, bagaimanakah cara terbaik untuk mencapai keputusan yang terbaik serta mengurangkan risiko pada masa akan datang? 

 

Usah tergesa-gesa 

 

Elak memutuskan sesuatu perkara dalam keadaan emosi terganggu. Ambil masa untuk bertenang terlebih dahulu sebelum kembali berfikir dengan fokus yang lebih baik. Apabila jiwa berada dalam keadaan tenteram, barulah anda dapat mengambil keputusan yang adil dan tidak berat sebelah. 

 

Misalnya, anda ingin menyewa pejabat baru dengan kos yang rendah namun lokasinya jauh di pedalaman. 

 

Biarpun suasana bekerja di tempat tersebut dapat menjamin ketenangan dan terhindar daripada kesibukan kota, kos petrol bakal meningkat dua kali ganda kerana melibatkan perjalanan jauh. 

 

Justeru, keputusan paling sesuai ialah menyewa di kawasan bandar. Harga sewa ruang pejabat mungkin lebih mahal tetapi ia lebih strategik terutamanya buat staf yang menggunakan pengangkutan awam. Kos perjalanan harian juga boleh dikurangkan! 

 

Senaraikan kesan positif dan negatif 

 

Susah Nak Buat Keputusan yang Tepat? Mudah Saja dengan 5 Cara Ini

 

Setiap keputusan yang dibuat berpotensi memberi impak yang besar terhadap kestabilan perusahaan anda. 

 

Cuba senaraikan kesan-kesan positif dan negatif daripada setiap keputusan yang bakal anda pilih. Kemudian, bandingkan kesemuanya supaya anda dapat menilai dengan jelas pilihan manakah yang mampu membawa keuntungan kepada syarikat. 

 

Andainya anda tidak mempertimbangkan kesan-kesan ini, mungkin keputusan yang anda ambil akan mengakibatkan kerugian yang besar sehingga menjejaskan perniagaan anda. 

 

Perkongsian pendapat dan idea 

 

Anda tidak boleh membuat keputusan hanya berdasarkan satu aspek sahaja. Cari dan kumpul maklumat yang relevan dan buat analisis dengan teliti. 

 

Sekiranya anda tidak boleh melakukannya seorang diri, adakan mesyuarat dan dapatkan pandangan daripada pihak lain. Proses penyelesaian akan menjadi lebih cepat dan memudahkan anda untuk mencapai kata putus. 

 

Contohnya, anda ingin melancarkan kempen bagi memperkenalkan produk baru. Kesemua tenaga kerja syarikat akan terlibat dalam penghasilan produk serta aktiviti pemasaran. Setiap seorang daripada mereka tentu mempunyai idea tersendiri untuk menjayakan kempen tersebut. 

 

Dapatkan pandangan daripada setiap individu bagi memastikan matlamat kempen dapat dicapai. Kesepakatan dan muafakat juga akan mewujudkan persefahaman yang baik antara majikan dan staf. 

 

Berfikiran terbuka  

 

Susah Nak Buat Keputusan yang Tepat? Mudah Saja dengan 5 Cara Ini

 

Mempunyai minda yang terbuka ialah salah satu sifat utama yang perlu ada dalam diri usahawan. Sebagai seorang ahli perniagaan yang bersaing dalam ekonomi yang semakin mencabar, anda hendaklah sentiasa bersedia untuk mengharungi bermacam-macam rintangan, lebih-lebih lagi ketika di peringkat awal memulakan perniagaan. 

 

Tidak semua strategi yang anda rancangkan dapat menyumbang kepada kejayaan. Sebaliknya, anda perlu berfikiran terbuka untuk mengadaptasi setiap pembaharuan yang berlaku. Ambil kira trend jualan terkini, minat pelanggan serta perubahan semasa ekonomi yang kian tertumpu kepada pendigitalan.  

 

Kaji semula keputusan 

 

Pastikan anda menilai semula keputusan yang dibuat. Adakah ia berupaya menjawab setiap persoalan bagi menyelesaikan permasalahan utama yang dihadapi selama ini? Apakah keputusan ini dapat memudahkan urusan anda pada masa hadapan? 

 

Penting untuk anda semak semula keputusan tersebut supaya anda bersedia dengan kebarangkalian yang akan berlaku. Andai kata anda gagal, jangan ulangi kesilapan yang sama. Jadikannya sebagai kayu pengukur untuk anda memperbaiki kelemahan yang ada. 

 

Nikmati kelebihan menjadi ahli Unifi Business Club (UBC). Dengan pelbagai tawaran istimewa, proses transformasi digital dapat dipercepatkan. 

 

Kunjungi laman Solusi kami untuk maklumat lanjut! 

Community Discussion

0 comments

Article

Perisian Perniagaan yang Anda Boleh Manfaatkan Sebagai Ahli Unifi Business Club (UBC) 

Pendigitalan
Teknologi
Kewangan
Sumber Manusia

31 Jan 2023 • 3 min read

Banyak diskaun eksklusif ditawarkan hanya untuk ahli UBC berdaftar. Memang berbaloi! 

 

Para peniaga yang melanggan mana-mana pakej perniagaan Unifi Business berpeluang menerima banyak faedah yang dapat meningkatkan keberkesanan perniagaan yang dimiliki. Contohnya, mereka boleh menikmati pelbagai solusi perisian perniagaan yang ditawarkan di Unifi Business Club (UBC). 

 

Perisian-perisian tersebut bukan sahaja menjanjikan penjimatan kos, bahkan mampu meluaskan capaian terutamanya bagi perniagaan yang dimiliki oleh usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). 

 

Menarik, kan? Jom ketahui dengan lebih lanjut! 

 

Swingvy 

 

Perisian Perniagaan yang Anda Boleh Manfaatkan Sebagai Ahli Unifi Business Club (UBC) 

 

Swingvy ialah perisian yang berfungsi untuk menyusun atur sistem operasi sumber manusia secara dalam talian agar pengurusan tenaga kerja sesebuah syarikat dapat diseragamkan dan berjalan dengan lebih lancar. 

 

Antara keistimewaan yang ditawarkan oleh Swingvy ialah pengurusan cuti pekerja, pengurusan gaji (payroll) serta catatan masa dan kehadiran pekerja. Ia membuka peluang baru kepada pihak pengurusan untuk memantau dan menguruskan hal yang berkaitan dengan kebajikan pekerja secara sistematik. 

 

Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih Swingvy melalui telefon pintar. Aplikasi ini bertindak sebagai hab sehenti bagi memudahkan para pekerja mendapat akses kepada maklumat yang tepat daripada pihak pengurusan sumber manusia. Dengan pelaksanaan sistem pengurusan syarikat seperti Swingvy, sudah tentu banyak kos yang dapat diminimumkan. 

 

Sehingga kini, Swingvy telah membantu banyak syarikat ternama tempatan untuk mewujudkan sistem pengurusan sumber manusia yang lebih cekap. 

 

Rebut promosi eksklusif Swingvy untuk ahli UBC! Klik pautan ini sekarang. 

 

Financio 

 

Financio ialah perisian yang direka khas untuk memenuhi keperluan peniaga masa kini. Ia sesuai untuk kegunaan usahawan PMKS yang baru sahaja memasuki fasa pendigitalan perniagaan kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai sistem pengurusan perniagaan yang lengkap. 

 

Sistem operasi Financio merupakan platform dalam talian yang membantu pengguna untuk menghasilkan dokumen perakaunan dan percukaian dengan mudah dan ringkas. Pengguna boleh merekodkan data dan menjana laporan percukaian secara automatik dengan hanya memasukkan maklumat berkaitan pembayaran dan perbelanjaan syarikat. Segala maklumat yang dijana akan terus dihantar ke e-mel secara automatik bagi proses pengeluaran invois.  

 

Perisian Perniagaan yang Anda Boleh Manfaatkan Sebagai Ahli Unifi Business Club (UBC) 

 

Financio turut dilengkapi dengan fungsi pengiraan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Ia berupaya menghasilkan fail berformat seperti GST-03 dan Fail Audit GST (GAF) mengikut keseragaman yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Jangan risau kerana semua data cukai dan akaun milik perniagaan anda yang disimpan dalam perisian Financio adalah selamat dan setaraf dengan tahap sekuriti yang digunakan bank. 

 

Dengan adanya perisian solusi perniagaan seperti Financio, tiada lagi masalah untuk menguruskan kewangan dan percukaian biarpun anda tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perakaunan. 

 

Tawaran hebat Financio khas buat ahli UBC menanti anda! Klik di sini

 

KryptoPOS 

 

Perisian Perniagaan yang Anda Boleh Manfaatkan Sebagai Ahli Unifi Business Club (UBC) 

 

KryptoPOS ialah perisian yang direka dengan fungsi khusus sebagai platform data dan teknologi runcit untuk menguruskan Point of Sale (POS) atau titik jualan sesebuah perniagaan. POS ialah sistem yang membolehkan anda sebagai pemilik perniagaan untuk menjejak jualan serta menguruskan transaksi pembelian pelanggan dan inventori syarikat. 

 

Bagi melancarkan perniagaan industri makanan dan minuman (F&B), anda boleh memanfaatkan iPad Cloud POS. Sistem ini memudahkan kakitangan restoran untuk mendaftar pesanan pelanggan terus ke dalam sistem yang telah tersedia menerusi platform dalam talian. Dengan cara ini, proses pesanan akan menjadi lebih ringkas dan cepat. Ia boleh digunakan oleh semua jenis kedai makan dan restoran yang memerlukan pengambilan pesanan dari meja ke meja. 

 

Sistem pesanan iPad Cloud POS tersebut boleh disambungkan terus ke bahagian dapur untuk dicetak secara automatik. Ia dapat menyokong sehingga sembilan buah mesin pencetak pesanan. Staf yang bertugas untuk mengambil pesanan sudah tidak perlu menghantar pesanan pelanggan ke bahagian dapur secara fizikal. 

 

Jika anda pemilik perniagaan francais, KryptoPOS membolehkan anda memantau dan menguruskan POS di semua cawangan secara serentak berpandukan satu sistem yang telah diselaraskan. 

 

Dapatkan diskaun istimewa KryptoPOS untuk ahli UBC. Klik pautan ini

 

Jangan lepaskan peluang untuk mendigitalkan perniagaan anda bersama UBC! Nak tahu banyak lagi manfaat eksklusif serta info tentang sistem urus niaga terkini? Jom layari ruangan Solusi kami. 

Community Discussion

0 comments

Article

4 Cara Anda Boleh Tukar Prospek Jadi Pelanggan

Pemasaran & Penjenamaan

27 Jan 2023 • 3 min read

Peniaga harus sentiasa aktif membuat promosi dan bijak merangka strategi pemasaran untuk menarik minat pengguna. 

 

Setiap perniagaan pasti mempunyai sasaran jualan tersendiri yang ada turun naiknya. Banyak faktor yang menyumbang kepada situasi ini. Antaranya, memperoleh pelanggan baharu bukanlah mudah. Selain persaingan sengit, aktiviti pemasaran yang kurang efektif juga boleh menyukarkan proses menukar prospek menjadi pelanggan.   

 

Sebagai pemilik perniagaan, anda tidak boleh rasa selesa dan berpuas hati dengan strategi pemasaran yang sedia ada. Sentiasalah berusaha untuk meningkatkan daya saing dan mengembangkan jumlah pelanggan. Jom ikuti langkah-langkah ini! 

 

Pemasaran produk melalui TikTok  

 

Walaupun banyak platform media sosial di luar sana yang boleh digunakan, TikTok dilihat lebih berkesan dalam meningkatkan jumlah jualan, terutamanya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). 

 

Contoh kandungan yang sesuai untuk akaun perniagaan ialah video yang mempromosi produk atau perkhidmatan secara tidak langsung (soft sell) serta kandungan berbentuk pendidikan. Di samping itu, menampilkan topik yang sedang trending juga boleh membantu anda mencapai lebih banyak prospek yang seterusnya berpotensi menjadi pelanggan.  

 

Setiap hari, ada sahaja trend dan audio TikTok baharu yang muncul. Sebagai pemilik perniagaan, anda harus memanfaatkan trend ini jika mahu video TikTok anda tersenarai di For You Page (FYP). Dengan kadar penglibatan pengguna atau engagement rate yang tinggi, perniagaan anda akan berupaya meyakinkan lebih ramai bakal pelanggan. 

 

4 Cara Anda Boleh Tukar Prospek Jadi Pelanggan

 

Hantar e-mel kepada pelanggan  

 

Kebanyakan pengguna suka menggunakan e-mel sebagai medium untuk menerima bahan promosi. Antara kandungan dan bahan komunikasi yang boleh dihantar kepada pengguna sasaran anda ialah e-mel alu-aluan (welcome email), surat berita (newsletter), notis promosi, pengumuman pelancaran produk baharu dan testimoni agar prospek lebih mengenali produk atau servis yang ditawarkan. 

 

E-mel juga bersifat lebih eksklusif dan peribadi berbanding pemasaran media sosial. Secara tidak langsung, prospek dan pelanggan akan rasa dihargai dan yakin untuk membuat pembelian. 

 

Melalui pemasaran e-mel (email marketing), pemilik perniagaan mampu menyasarkan prospek yang sudah berminat dengan produk atau servis tetapi masih belum membuat pembelian. Dengan menghantar bahan-bahan seperti testimoni bersama kupon pembelian, anda boleh meyakinkan prospek untuk membuat keputusan dengan segera.   

 

Bina jenama peribadi yang kukuh  

 

Jenama peribadi yang menyerlah sebenarnya mampu menjadi penyumbang kepada peningkatan jualan sesuatu produk atau perkhidmatan. 

 

Bagaimana anda boleh membentuk jenama peribadi? Ramai yang berpendapat bahawa anda perlu menjadi seorang pemengaruh atau influencer yang popular untuk mempunyai jenama peribadi yang kuat. Ini merupakan salah tafsiran yang sering berlaku dalam kalangan pemilik perniagaan. 

 

Padahal, cukup sekadar anda menjadi diri sendiri. Kongsi pengalaman peribadi dan paparkan kandungan yang menarik. Anda akan mula menawan hati komuniti dalam talian yang setia dengan anda.  

 

Antara perkongsian di media sosial yang anda boleh lakukan untuk membentuk jenama peribadi ialah bercerita tentang permulaan perniagaan, berkongsi jadual harian anda, hobi, gambar percutian dan macam-macam lagi. Harus diingatkan, gambar atau video yang dikongsikan hendaklah berkualiti tinggi dan mempunyai nilai estetika yang tertentu berdasarkan sasaran prospek perniagaan anda. 

 

4 Cara Anda Boleh Tukar Prospek Jadi Pelanggan

 

Program kesetiaan  

 

Program kesetiaan membuatkan para pengguna berminat untuk terus membeli produk daripada sesebuah jenama atau mencuba jenama tersebut. Jika anda seorang pengusaha PMKS yang ingin meningkatkan jualan dalam kelompok pelanggan yang sedia ada dan memperoleh pelanggan baharu, anda perlu melaksanakan program kesetiaan.  

 

Salah satu kekangan program kesetiaan tradisional berupa kad fizikal adalah pelanggan kerap terlupa untuk mengumpul mata ganjaran. Malah, mereka akan kehilangan kesemua cop yang terkumpul sekiranya kad hilang. Dengan solusi program kesetiaan digital, program anda kini boleh berjalan dengan lancar tanpa sebarang kupon fizikal. Ia boleh diuruskan melalui aplikasi telefon pintar bagi memudahkan pelanggan dan pemilik perniagaan. Secara tidak langsung, anda berpeluang menambat hati prospek dan pelanggan juga akan membuat pembelian berulang.

 

Anda sedia untuk tingkatkan prestasi perniagaan? Kunjungi laman Solusi kami sekarang. Banyak faedah eksklusif menanti ahli Unifi Business Club (UBC)! 

 

Community Discussion

0 comments

Article

Cabaran Mendigitalkan Perniagaan Anda serta Cara Mengatasinya 

Pendigitalan
Teknologi

26 Jan 2023 • 4 min read

Ramai usahawan mengalami kegagalan kerana tidak melakukan adaptasi digital. Apakah penyelesaian strategik yang dapat membantu peniaga seperti anda untuk terus mara? 

 

Transformasi digital meliputi perubahan menyeluruh sesebuah perniagaan. Ia memerlukan usaha dan komitmen daripada golongan peniaga untuk menggantikan model perniagaan tradisional dengan versi yang mengintegrasikan teknologi digital.  

 

Buat para usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), proses adaptasi tersebut dianggap cukup mencabar. Ia bukan sahaja memakan masa tetapi memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi. 

 

Contohnya, dana yang besar diperlukan untuk membeli peranti canggih serta mengubah sistem pengurusan dan operasi. Para peniaga juga mungkin harus memperuntukkan sejumlah wang untuk menyertai kursus literasi komputer agar mereka mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi untuk mendigitalkan perniagaan. 

 

Bagaimana anda boleh atasi segala halangan ini? Teruskan membaca untuk pelajari caranya! 

 

Kekangan wang  

 

Masalah kewangan seakan tidak dapat dipisahkan daripada golongan peniaga, apatah lagi usahawan kecil yang mempunyai modal yang rendah. Peralihan ke ekonomi digital memerlukan kedudukan kewangan yang stabil bagi menjamin transformasi yang berkesan dan optimum. 

 

Selain menawarkan solusi pembiayaan perniagaan pantas menerusi rakan kewangan Unifi Business Club (UBC), Unifi Business tampil memperkenalkan Unifi eCommerce Hub sebagai pusat sehenti untuk peniaga menikmati pengurusan perniagaan dalam talian yang cekap dan sistematik. 

 

Cabaran Mendigitalkan Perniagaan Anda serta Cara Mengatasinya 

 

Anda boleh menyelaraskan saluran jualan anda sama ada di dalam talian atau luar talian, menguruskan inventori, mengawal sistem pesanan, memantau jualan dan hasil syarikat serta menguruskan pertanyaan di media sosial dengan hanya satu platform!  

 

Kemudahan Web Store yang terdapat di Unifi eCommerce Hub pula membolehkan anda membina laman web sendiri berpandukan langkah yang ringkas dan mudah difahami. Peniaga boleh menikmati semua ciri aplikasi hab e-dagang ini dengan harga serendah RM49 sebulan untuk ahli UBC (iaitu pelanggan Unifi Business) dan RM59 sebulan untuk bukan pelanggan. 

 

Masalah keselamatan siber 

 

Setiap perubahan mempunyai kebaikan serta keburukan yang tersendiri. Salah satu sebab mengapa ramai peniaga takut untuk beralih ke platform dalam talian ialah mereka khuatir privasi perniagaan akan terancam.  

 

Penyalahgunaan, kecurian dan kebocoran data sulit menyumbang kepada permasalahan yang sukar dikawal secara fizikal. Keadaan ini terjadi kerana transformasi digital memerlukan perniagaan mengalihkan pengurusan operasi ke dalam sistem berpusat seperti penyimpanan awan (cloud storage). 

 

Ada yang beranggapan bahawa medium penyimpanan awan atau storan awan berpotensi meningkatkan risiko serangan siber. Akan tetapi, dengan adanya sistem yang dilindungi seperti Unifi Cloud Storage, penyimpanan maklumat penting dapat diuruskan secara teratur melalui penyelesaian storan data yang selamat, mudah dan fleksibel.  

 

Unifi Cloud Storage dihoskan di fasiliti pusat data Telekom Malaysia Berhad (TM) yang diperakui untuk memastikan maklumat penting perniagaan anda sentiasa terpelihara daripada ancaman jenayah siber. Enkripsi penyulitan (secure encryption) yang ada memperkukuhkan lagi benteng keselamatan Unifi Cloud Storage. Anda juga boleh menetapkan akses untuk beberapa pengguna mengikut keperluan perniagaan. 

 

Kurang kemahiran dalam teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)  

 

Kesukaran untuk menguasai teknologi baharu memberi impak yang besar terhadap kelancaran transformasi digital perniagaan. Kebanyakan platform media sosial kini menawarkan ciri yang membolehkan usahawan menjalankan perniagaan secara langsung. 

 

Selain Shopee, ramai pengusaha perniagaan kecil-kecilan yang menjual pakaian, makanan dan kosmetik semakin ghairah membuat jualan menerusi siaran langsung (live) di akaun Instagram, Facebook dan TikTok.  

 

Cabaran Mendigitalkan Perniagaan Anda serta Cara Mengatasinya 

 

Ia merupakan jalan mudah bagi menjana keuntungan cepat dengan hanya bermodalkan telefon pintar dan personaliti yang menarik. 

 

Malangnya, bagi para peniaga PMKS khususnya yang berada di luar bandar, kekangan dalam memiliki peranti teknologi terkini, sambungan Internet serta kurang kemahiran dalam bidang ICT menjadi faktor utama yang menghalang kecekapan peralihan perniagaan ke platform digital.  

 

Peluang hebat untuk ahli UBC: UBC menawarkan faedah eksklusif kepada semua pelanggan Unifi Business berdaftar. Ahli UBC boleh menyertai kelas digital seperti program pembelajaran dan kursus perniagaan dalam talian oleh AirAsia Academy

 

Teknologi rumit 

 

Sebagai usahawan kecil yang sudah terbiasa dengan urusan jual beli secara manual, anda pasti akan menghadapi kesukaran untuk memahami fungsi perisian dan sistem berkomputer. 

 

Cara penggunaannya yang kompleks boleh mendatangkan masalah jika ia dioperasikan tanpa bimbingan profesional. Proses pembelajaran mungkin akan mengambil masa memandangkan sistem komputer memiliki cabang dan ciri yang berlainan fungsi. 

 

Bagi memastikan transformasi digital dapat berjalan dengan lancar, anda harus segera mendapatkan bantuan daripada pihak yang lebih berpengetahuan dalam hal ehwal teknologi semasa. 

 

Unifi Business menyediakan khidmat konsultan bertauliah yang bukan hanya pakar dalam pendigitalan tetapi turut mempunyai sijil kemahiran digital bertaraf antarabangsa iaitu International Certification for Digital Literacy (ICDL). 

 

Konsultan yang terlatih sentiasa bersedia untuk memantau dan membimbing usahawan PMKS secara terperinci. Sokongan sebegini berupaya membantu anda menyahut pembaharuan dengan cemerlang dalam menuju ke arah digitalisasi.  

 

Tingkatkan produktiviti dan kecekapan perniagaan anda dengan pelbagai penyelesaian serta tawaran hebat daripada UBC hari ini!  

Community Discussion

0 comments

Article

Perbezaan Budaya Kerja Generasi Milenial dan Generasi Z

Sumber Manusia

25 Jan 2023 • 3 min read

Golongan pekerja hari ini bukan sahaja bebas bertugas mengikut masa sendiri tetapi diberi peluang untuk memilih haluan karier mengikut minat dan kecenderungan diri. Bagaimanakah ciri-ciri kedua-dua generasi ini mempengaruhi pengambilan pekerja di syarikat anda? 

 

Generasi milenial yang lahir pada dekad 80-an hingga pertengahan 90-an lazimnya mencari peluang pekerjaan dalam bidang yang sama seperti yang dipelajari di universiti. Namun, bagi golongan siswazah Generasi Z (Gen Z), mereka lebih cenderung untuk memilih karier yang sesuai dengan minat dan bakat yang dimiliki. 

 

Apabila menyentuh soal budaya kerja antara generasi milenial dan Gen Z, ada banyak lagi perbezaan ketara yang dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antaranya termasuklah waktu kerja, cara pemakaian, faedah kakitangan dan banyak lagi. 

 

Kami kongsikan empat perbezaan utama budaya kerja antara generasi milenial dan Gen Z. Info ini boleh dimanfaatkan oleh pengurus sumber manusia yang bertanggungjawab memilih tenaga kerja yang paling sesuai untuk berkhidmat di syarikat anda. 

 

Kolaboratif vs berdikari 

 

Generasi milenial lebih terbuka untuk bersosial dan bekerja secara berkumpulan. Demi mencapai matlamat utama, mereka meluangkan masa dan tenaga bersama ahli kumpulan untuk menyelesaikan sesebuah projek yang ditugaskan dalam jangka waktu tertentu, manakala Gen Z lebih selesa bekerja sendiri serta meletakkan fokus sepenuhnya kepada mencapai kejayaan diri sendiri.  

 

Sifat-sifat ini memperlihatkan bahawa golongan Gen Z sebenarnya sangat berdikari dan lebih terbuka untuk menjadi diri sendiri agar mampu mencapai kejayaan seperti yang diinginkan. Bagi Gen Z, percanggahan idea mungkin akan menjejaskan prestasi kerja mereka. Oleh itu, bekerja sendiri dianggap lebih memudahkan kerana ia tidak melibatkan pihak lain yang mempunyai corak pemikiran yang berbeza. 

 

Mendengar kata vs berani bersuara 

 

Generasi milenial mungkin lebih bersedia menurut arahan kerana sudah terbiasa dengan budaya kerja konvensional yang memerlukan mereka mematuhi segala peraturan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat. Jika tidak, mereka bakal berdepan dengan amaran yang mungkin menggugat status pekerjaan mereka di syarikat berkenaan. Berbeza pula dengan Gen Z yang lebih berani menyuarakan pendapat dan hak mereka. 

 

Keadilan dan kesamarataan amat diutamakan dalam budaya kerja hari ini tanpa mengenal agama, bangsa, pangkat mahupun jantina. Rata-rata syarikat masa kini sudah mengadaptasi budaya kerja yang moden bahkan menggalakkan kakitangan di semua peringkat umur untuk turut sama berkongsi idea dan pendapat. Pendekatan ini dianggap berkesan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan pekerja dan membawa syarikat ke tahap yang lebih berwawasan. 

 

Perbezaan Budaya Kerja Generasi Milenial dan Generasi Z

 

Waktu kerja tetap vs waktu kerja fleksibel 

 

Para pekerja milenial biasanya dikehendaki mematuhi waktu kerja yang tetap bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Tamat sahaja waktu kerja, mereka tidak perlu lagi berdampingan dengan kertas kerja kerana tiada kemudahan seperti Internet mahupun telefon pintar sebagai alat komunikasi yang memudahkan proses kerja pada ketika itu. 

 

Bagi Gen Z yang lahir pada tahun 2000 dan tahun-tahun seterusnya, mereka sudah terdedah dengan penggunaan peranti seperti telefon pintar dan kemudahan Wi-fi. 

 

Sejak COVID-19 melanda negara, banyak syarikat mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan norma kerja baharu yang fleksibel. Syarikat memberi kebebasan kepada pekerja untuk bekerja dari rumah mengikut kesesuaian waktu individu asalkan tugasan yang dipertanggungjawabkan boleh diselesaikan dalam waktu yang ditetapkan. 

 

Segala permasalahan berkaitan kerja boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat menerusi khidmat pesanan ringkas WhatsApp, e-mel atau panggilan video menggunakan aplikasi dalam talian seperti Zoom. 

 

Perkembangan kerjaya vs gaji lumayan 

 

Budaya kerja generasi milenial banyak tertumpu kepada peningkatan prestasi. Tanpa pencapaian yang baik, mereka beranggapan bahawa tidak akan mendapat ganjaran dan pengiktirafan daripada pihak pengurusan syarikat seperti kenaikan gaji atau kenaikan pangkat. Oleh sebab itu, ramai pekerja golongan milenial didapati berusaha keras dan sanggup bermula dari bawah demi membina karier yang dapat menjamin masa hadapan yang cerah. 

 

Bagi Gen Z pula, mereka lebih ‘memilih’ kerana mengimpikan pekerjaan yang dibayar setimpal dengan tahap kelulusan. Mereka lebih tertarik dengan pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi. Faktor ini mungkin didorong oleh masalah kewangan yang dilihat membebani ibu bapa mereka. Mereka biasanya tidak membuat pilihan untuk bekerja dari bawah dan dibayar dengan gaji permulaan yang rendah. 

 

Justeru, ramai anak muda Gen Z memilih untuk membangunkan karier sendiri seperti membuka perniagaan sendiri kerana ia dikatakan dapat menjamin pendapatan yang lebih lumayan berbanding bekerja dengan majikan. 

 

 

Untuk pelbagai maklumat terkini tentang pengurusan modal insan, kunjungi laman Artikel kami. 

 

Tawaran khas buat ahli Unifi Business Club (UBC): Tingkatkan produktiviti dan kemahiran kakitangan anda melalui AirAsia Academy

 

Community Discussion

0 comments

Events

Mark your calendar

Join our events to gain in-person guidance and expert advice.

Find out more

Customer Stories

Hear from our customers

See what other businesses that have tried, tested and loved UBC have to say.

Go there